Wednesday 20 July 2016

Emoji & Simbol

Bicara kali ini tentang ^-^

Ⓕⓐⓣⓐⓗⓨⓐ ⓂⒻ

Saja-saja tangan ni gatal-gatal nak cari-cari dalam google buat tulisan yang comel-comel ni. Akhirnya jumpa..hehehe...seronoknye...boleh lah try-try lagi kan...


  1. Mega Emoji Untuk WhatsApp 
  2. Simbol & Emotion Untuk Facebook
Boleh lah try-try dekat sini..hehehehe...


•°*”˜˜”*°•. ˜”*°• . •°*”˜ .•°*”˜˜”*°•.
<3 <3 <3 <3 ('\../') <3 <3 <3 <3
<3 [̲̲̅̅н̲̲̅̅υ̲̲̅̅g̲̲̅̅ღ] <3 (◕.◕) <3  [̲̲̅̅ღк̲̲̅̅ι̲̲̅̅s̲̲̅̅s̲̲̅̅| <3
<3 <3 <3 <3 (,,)(,,) <3 <3 <3 <3
<3 <3 <3 ღ|L̲̅][̲̅O̲̅][̲̅V̲̅][̲̅E̲̅]ღ <3 <3 <3
•°*”˜˜”*°•. ˜”*°• . •°*”˜ .•°*”˜˜”*°•.




Tuesday 19 July 2016

Resepiku:- Bebola Ikan Masam Manis

Bicara kali ini tentang ^-^


Bebola Ikan Masam Manis

BAHAN-BAHAN:
200gm bebola ikan
1 biji bawang besar | dihiris
2 biji cili merah | dihiris
2 tangkai daun bawang | dihiris
2 ulas bawang putih | diketuk
Sos tomato secukupnya
4-5 kiub nenas dalam tin | dicincang halus
Air secukupnya
Minyak masak untuk menumis secukupnya


CARA MEMASAK:
  1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih yang diketuk dan bahan-bahan hiris sehingga layu dan berbau wangi.
  2. Selepas itu masukkan sos tomato dan air secukupnya. Kacau hingga sebati dan mendidih.
  3. Masukkan bebola ikan dan daun bawang. Kacau seketika sehingga masak.
  4.  Angkat dan sedia dihidangkan.

Selamat Mencuba....

**Sumber daripada Resepi RASA... 

Resepiku :- Sambal Goreng Ikan Bilis Cili Padi

Bicara kali ini tentang ^-^

Sambal Goreng Ikan Bilis Cili Padi



BAHAN-BAHAN:
  • 30gm ikan bilis
  • 1 biji bawang merah | ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih | ditumbuk
  • 15 biji cili padi | ditumbuk
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa


CARA MEMASAK:
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan ikan bilis sehingga ia menjadi garing. Asingkan.
  2. Sementara itu, tumbuk sehingga lumat bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih dan cili padi.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahanbahan yang telah ditumbuk itu sehingga naik baunya.
  4. Masukkan pula garam serta gula secukup rasa dan akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng terlebih dahulu sebelum dihidangkan.


**Selamat Mencuba semua... :-) Sumber daripada resepi RASA...

Doa Suami Isteri

Bicara kali ini tentang ^-^

**Sedikit perkongsian untuk semua.... :-)


Thursday 16 June 2016

Ramadhan Kareem & Perkongsian Kisah Hidupku

Bicara kali ini tentang ^-^

Lamanya rasa tak tinggalkan kata-kata dekat sini. Giler bersawang sangat2 dah nie... 2016 ku muncul kembali untuk menulis setiap kisah kehisupanku yang bakal dibaca oleh sesiapa yang mengenali diriku.

Bulan Ramadhan untuk kali yang keberapa aku pun lupa tapi ikut tahun hijrah dan 1437H. Lama tak lama baru aku nak start aktif untuk menulis....

Sekarang alhamdulillah... aku sudah selamat melangsungkan perkahwinan bersama kekasih hati pengarang jantungku suamiku tercinta Mohd Fitri Bin Abdul Wahab. Alhamdulillah sudah 6 bulan kami melayari bahtera rumahtangga. Ada masa pasang surut tu sentiasa berlaku. Ada masa gembira dan ada masa berduka. Usia perkahwinanku masih muda remaja dan masih banyak yang perlu aku belajar dalam membentuk rumahtangga yang harmoni.

Tanggungjawab sangat besar. Kalau nak tahu kahwin dulu baru tahu. Tapi andai kita dan pasangan sama-sama berbincang bagaimana untuk membentuk rumahtangga yang harmoni insyaAllah semuanya berjalan dengan lancar.

Selama aku menjadi seorang isteri aku sangat bahagia bersamanya. Tipulah dalam kebahagian itu pasti ada yang terluka. Kadang-kadang ada masa kami kami berselisih faham. Jika kita rasa hubungan ini ingin kekal lama ... Cubalah untuk perbaiki hubungan menjadi lebih baik. Rumahtangga kita hanya kita yang bentuk tanpa ada campur tangan orang lain....


banyaknye rasa nak kongsi..tapi setakat ni dulu lah sebab akan disimpan untuk posting akan datang...

Selamat Berpuasa semua...

#Wish birthday to me :-) #

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Followers