Wednesday 24 September 2014

Antara Aku & Dia ...

Perkenalan kami hanya kawan, dia seorang yang simple, kadang-kadang bergaya, baik, buat apa sahaja yang dia suka, suka makan, suka masak, suka gajet, pandai design, pandai mengemas dan banyak lagi lah... Hanya saya je yang tahu...

Saya pulak seorang yang suka bergaya tapi ikut tempat dan tidak keterlaluan,  simple, suka buat bende yang saya suka, kuat makan, suka dengar lagu dan banyak lagi... 

Kisah kami, permulaan yang baik, bermacam-macam cerita kami kongsi bersama, suka, duka, kisah lalu kami kongsi... Hanya kami berdua je yang tahu kisah masing2... Banyak dugaan dan cabaran yang kami tempuh bersama...

Kekuatan mental dan fizikal tu sangat perlu sebab bagi saya mungkin apa yang berlaku pada kami ni sangat hebat... Tapi kami pasti HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI SETIAP APA YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAH DAN RAHSIA YANG TERSEMBUNYI.. Kami terima dan redha atas apa yang berlaku... Berbekalkan semangat dan kesabaran yang kadang kala tak berapa nak sabar kami teruskan kehidupan seperti sedia kala..

Di awal perkenalan memang banyak ujian yang kami tempuh... Mampu dengan tidak je atau kuat dan tak kuat je untuk mempertahankan hubungan nie... Alhamdulillah berkat kesabaran kami hubungan kami kini jauh sampai sekarang... Banyak step lagi yang perlu kami laksanakan... 

Kami berdoa supaya semua urusan kami dipermudahkan insyaAllah... 

#terima kasih kepada insan istimewa saya kerana bersabar dengan setiap karenah saya kalau awak tak sabar mungkin kita tak sampai sekarang... Semoga hubungan kita kekal selamanya... InsyaAllah ... Amin...


Monday 22 September 2014

Sambutan Hari Ulangtahun di Pejabatku...

Syukur alhamdulillah kerana masih di beri nafas untuk terus menghirup udara segar... Happy Birthday To Me... Semoga diriku cemerlang dan terbilang, diberikan kesihatan yang baik dan umur yang panjang... Amin...

Lahirnye daku ke dunia pada 21/8/19.. Rahsia lah pulopz ahaks... Cari lah sendiri ye... Syukur dikurniakan keluarga yang memahami dan adik beradik yang sangat baik dan sporting... Kalau ada gadoh2 adik beradik tu pastilah perkara biasa lagi gaduh lagi dalam kasih sayangnya...

Tahun ini merupakan tahun pertama saya berkerja di Al Baghdadi Group Sdn Bhd alhamdulillah belum setahun saya mampu menyesuaikan diri dengan baik dengan bos dan pengarah2 yang sporting... Rajan sekerja yang masing2 mempunyai daya tahan yang tinggi hehehehehe....

Terima kasih kepada yang telah berusaha dan bersusah payah dalam menyediakan kek dan makanan untuk menyambut belated birthday to me n my officemate abg fairus... 




#perasaan masa tu sangat gembira dalam tangisan hehehehehe...sebab dorang nyanyikan lagu hari jadi yehuuuwwe ....

Hadiah Birthday Yang Sangat Istimewa...

Tahun ni merupakan hari istimewa sambutan birthday saya, sangat gembira yang tidak terkata...  I really love him so much... Thanks honey... Tu je ucapan yang mampu saya keluarkan..  

Hadiah yang sangat istimewa, tak penah2 menangis bila dapat ... OMG... Tak terkata n tak jangka n tak sangka... 

Ingat lagi pertama kali dapat sejambak bunga wowww sangat gembira sebab sebelum ni tak penah dapat bunga... Kali kedua dapat bunga lagi seronok sangat2 dua kali dapat ROS MERAH and baru2 ni dapat bunga ros jugak tapi ROS PEACH ...  Kalau tanya perasaan saya masa terima sangat teruja... Lagi2 dari insan tersayang... Hehehehehehe...  Jambangan bunga tu membawa maksud si pemberi bunga... Now i know... 


Semoga hubungan kita kekal hingga akhir hayat dan kasih sayang kita berpanjangan ... InsyaAllah ... Amin... 

#duahadiahyangsangatistimewa

#Wish birthday to me :-) #

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Followers