Friday 6 December 2013

Melaka!!! Pulak ... Kenduri vs Jalan-jalan Makan Angin....

Bicara kali ini tentang ^-^

- Petang selepas asar keluar rumah untuk ke destinasi yang dituju. Sepanjang perjalanan bermula dari highway Nilai jem panjang... sakit hati kita nak menunggu. Konvoi dengan pakcik yang duk Damansara. Kami jumpa di R&R Seremban. Berjanggut nak tunggu sampai sana. Jalan sangat jem... mengantuk semualah.... Alhamdulillah lepas isyak sampai dan terus cari surau jamak takhir... syukur selesai dan perjalanan diteruskan....

Kebetulan jemputan daripada makcik saya yang duduk cheras. Hajat kesana datang demi memenuhi undangan Majlis Aqiqah anak along (safiyah). Kenduri dibuat di rumah mak mertuanya. wowww ramai ooo dan ada juga dendangan qasidah daripada adik-adik tahfiz banyak lagu ilmiah yang didendangkan... TAHNIAH along safiyah dan suami kerana sudi menjemput kami sekeluarga.


Tahun ni saya yang banyak bawa family jalan2 sebab apa? abg  akk dah kawin!!! so saya telah ambil tugasan abg untuk membawa family kemana sahaja. Bila saya nak kawin? tunggulah topik ni nanti saya open ye!!!! #mak #saya #nak #kawin .... back to topic asal = berpandukan waze saya dan adik main redah je nak ke "Pengkalan Badak" tempat mandi-mandalah katanya... jumpa pakcik saya dekat sana... cewah buat2 tahu je jalan... Alhamdulillah akhirya jumpa... terbaiklah waze, saya akan gunakan anda sekiranya perlu ye...

Hujan pulak, so sekejap je lah dekat pantai tu.... then terus ke rumah makcik saya punya kakak, tumpang2 solat jamak dan makan2 sikit then perjalanan diteruskan untuk pulang. Kali i ada 3 kereta yang konvoilah, saya, pakcik dan makcik (suami dialah yang bawa kereta) .... :-) jem gilerzzz jalan... rasa macam nak marah je, tapi kesabaran tu lebih tinggi...cewah... #alhamdulillah ...


Maghrib sudah dan kami semua berhentilah dekat R&R Sungai Besi, jamak takdim (maghrib+Isyak) alhamdulillah semua dah selesai, pergi makan pulak dekat AMJAL... bagi sesiapa yang tahu dia duduk dibawah jambatan, maybe popular kepada mereka yang duduk berhampiran sana.

Finally, bersalam-salaman dan pulang ke rumah masing-masing. sepanjang pemanduan ke rumah saya berasa sangat letih sekali, mata yang letih sebab fokus sepanjang perjalanan tapi nikmat bawa kereta memang bestlah.. hehehehe... :-)

**So sekali ada masa terluang untuk berjalan teruskan perjalanan ada untuk kemana sahaja. tetapi satu je kene jaga iatu solat... Islam itu tidak menyusahkan... Selamat beramal... :-)



#namaku #terukir 1/12/2013 - Pengkalan Balak .... #YaYa#


Wednesday 4 December 2013

Jalan-jalan pergi kenduri sambil makan angin...

Bicara kali ini tentang ^-^

Musim-musim cuti sekolah ni ramainye yang buat majlis walimah.. (dalam hati tetiba berkata... bila turn aku pulak) ehem... geram je bila tengok hari bahagia kawan-kawan. Cepat jodoh dorang sampai.. untuk sedapkan hati takpe masing-masing tengah mengumpul duit semoga dia adalah jodohku yang terbaik dunia dan akhirat. amin...

Awal pagi dah bangun bersiap nak ke johor... semangat sangat pertama kali nak drive jauh-jauh nie... ajak awish adik angkat saya. Alhamdulillah dia nak ikut sebab nak kurangkan tekanan dia so bawa dia jalan-jalan...saya bawa adik kandung juga (pqa) nama dia... musim cuti sekolah kan so bawa lah sekali... then pergi ke LRT Bandar Tasik Selatan ambil kawan (Fetty) nama dia... kawan se kolej n sekelas nie yang kawin. Lama betul tak jumpa.... setelah beberapa tahun jumpa balik g sekali ke kenduri kak liza...

Tahniah!!! kak liza akhirnya selamat diijabkabulkan dengan pasangan yang sama cantik sama padan dan semoga kekal hingga akhir hayat. amin... akhirnya sampai juga yaya kan nak tengok akak kawin...:-)

p/s : Semoga hubungan yang dibina kekal selamanya. Buat diriku yang masih belum mendirikan rumahtangga..cepat2 ye... semoga pilihan yang terbaik dan kawin cepat... amin... :-)




#Wish birthday to me :-) #

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Followers