Wednesday 24 September 2014

Antara Aku & Dia ...

Perkenalan kami hanya kawan, dia seorang yang simple, kadang-kadang bergaya, baik, buat apa sahaja yang dia suka, suka makan, suka masak, suka gajet, pandai design, pandai mengemas dan banyak lagi lah... Hanya saya je yang tahu...

Saya pulak seorang yang suka bergaya tapi ikut tempat dan tidak keterlaluan,  simple, suka buat bende yang saya suka, kuat makan, suka dengar lagu dan banyak lagi... 

Kisah kami, permulaan yang baik, bermacam-macam cerita kami kongsi bersama, suka, duka, kisah lalu kami kongsi... Hanya kami berdua je yang tahu kisah masing2... Banyak dugaan dan cabaran yang kami tempuh bersama...

Kekuatan mental dan fizikal tu sangat perlu sebab bagi saya mungkin apa yang berlaku pada kami ni sangat hebat... Tapi kami pasti HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI SETIAP APA YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAH DAN RAHSIA YANG TERSEMBUNYI.. Kami terima dan redha atas apa yang berlaku... Berbekalkan semangat dan kesabaran yang kadang kala tak berapa nak sabar kami teruskan kehidupan seperti sedia kala..

Di awal perkenalan memang banyak ujian yang kami tempuh... Mampu dengan tidak je atau kuat dan tak kuat je untuk mempertahankan hubungan nie... Alhamdulillah berkat kesabaran kami hubungan kami kini jauh sampai sekarang... Banyak step lagi yang perlu kami laksanakan... 

Kami berdoa supaya semua urusan kami dipermudahkan insyaAllah... 

#terima kasih kepada insan istimewa saya kerana bersabar dengan setiap karenah saya kalau awak tak sabar mungkin kita tak sampai sekarang... Semoga hubungan kita kekal selamanya... InsyaAllah ... Amin...


Monday 22 September 2014

Sambutan Hari Ulangtahun di Pejabatku...

Syukur alhamdulillah kerana masih di beri nafas untuk terus menghirup udara segar... Happy Birthday To Me... Semoga diriku cemerlang dan terbilang, diberikan kesihatan yang baik dan umur yang panjang... Amin...

Lahirnye daku ke dunia pada 21/8/19.. Rahsia lah pulopz ahaks... Cari lah sendiri ye... Syukur dikurniakan keluarga yang memahami dan adik beradik yang sangat baik dan sporting... Kalau ada gadoh2 adik beradik tu pastilah perkara biasa lagi gaduh lagi dalam kasih sayangnya...

Tahun ini merupakan tahun pertama saya berkerja di Al Baghdadi Group Sdn Bhd alhamdulillah belum setahun saya mampu menyesuaikan diri dengan baik dengan bos dan pengarah2 yang sporting... Rajan sekerja yang masing2 mempunyai daya tahan yang tinggi hehehehehe....

Terima kasih kepada yang telah berusaha dan bersusah payah dalam menyediakan kek dan makanan untuk menyambut belated birthday to me n my officemate abg fairus... 




#perasaan masa tu sangat gembira dalam tangisan hehehehehe...sebab dorang nyanyikan lagu hari jadi yehuuuwwe ....

Hadiah Birthday Yang Sangat Istimewa...

Tahun ni merupakan hari istimewa sambutan birthday saya, sangat gembira yang tidak terkata...  I really love him so much... Thanks honey... Tu je ucapan yang mampu saya keluarkan..  

Hadiah yang sangat istimewa, tak penah2 menangis bila dapat ... OMG... Tak terkata n tak jangka n tak sangka... 

Ingat lagi pertama kali dapat sejambak bunga wowww sangat gembira sebab sebelum ni tak penah dapat bunga... Kali kedua dapat bunga lagi seronok sangat2 dua kali dapat ROS MERAH and baru2 ni dapat bunga ros jugak tapi ROS PEACH ...  Kalau tanya perasaan saya masa terima sangat teruja... Lagi2 dari insan tersayang... Hehehehehehe...  Jambangan bunga tu membawa maksud si pemberi bunga... Now i know... 


Semoga hubungan kita kekal hingga akhir hayat dan kasih sayang kita berpanjangan ... InsyaAllah ... Amin... 

#duahadiahyangsangatistimewa

Sunday 31 August 2014

Testing dengan Live Writer…

Nak jadikan cerita ler nie, lappy VAIO baru lepas format… so tangan ni gatal-gatal tengok sofware apa yang ada dalam nie… tekan punye tekan boleh connectkan dengan blog… hehehehe… so try and error je nie… SmileSmileSmileWinking smile

Wednesday 27 August 2014

Pembuka Bicara 01 Zulkaedah 1435H.. -Yaya-

Bicara kali ini tentang ^-^

Salam Ramadhan 1435H, Salam Syawal 1435H dan Selamat Datang Zulkaedah 1435H.

Kejapnye masa berlalu, lambat...lewat... mengUpdate entryku... masuk 01 Zulkaedah 1435H baru nak menulis... siap bersawang nie..guane nie...guane... hehehe

Sebelum ini ada "Diari Hatiku" tapi kini hanya disini untukku meluahkan segalanya... berkongsi kisah suka dan duka...

Tak tahulah nak berkongsi yang mana satu banyak sangat... ada kisah suka, ada kisah duka, ada kisah lawak... banyak sangat ceritanya... hehehe :-)

Takpe malam ni hanya keluarkan sedikit kata-kata pembuka dulu..esok boleh lah keluarkan cerita-ceritaku dan kisah hidupku... :-)

#tungguuolsss... Good Nitezzz...


Friday 21 March 2014

50 Romantic things to do 4 your Boy/Girl Friend

Bicara kali ini tentang ^-^

# Lama tak share something "kata-kata" jiwang mewang nie... jommm baca...





50 Romantic things to do 4 your Boy/Girl Friend

1. Watch the sunset together.
2. Whisper to each other.
3. Cook for each other.
4. Walk  in the rain.
5. Hold hands
6. Buy gifts for each other.
7. Roses.
8. Find out their favorite cologne/perfume and wear it every time you're together.
9. Go for a long walk down the beach at midnight.
10. Write poetry for each other.
11. Hugs are the universal medicine.
12. Say only when you mean it and make sure they know you mean it.
13. Give random gifts of flowers/candy/poetry etc.
14. Tell her that she's the only girl you ever want. Don't lie!
15. Spend every second possible together.
16. Look into each other's eyes.
17. Very lightly push up her chin, look into her eyes, tell her you love her and kiss her lightly.
18. When in public, only flirt with each other.
19. Put love notes in their pockets when they aren't looking.
20. Buy her a ring.
21. Sing to each other.
22. Always hold her around her hips/sides.
23. Take her to dinner and do the dinner for two deal.
24. Spaghetti? (Ever see Lady and the Tramp?)
25. Hold her hand, stare into her eyes, kiss her hand and then put it over your heart.
26. Dance together.
27. I love the way a girl looks right after she's fallen asleep with her head in my lap.
28. Do cute things like write I love you in a note so that they have to look in a mirror to read it.
29. Make excuses to call  them every 5 minutes
30. Even if you are really busy doing something, go out of your way to call and say I love you.
31. Call from your vacation spot to tell them you were thinking about them.
32. Remember your dreams and tell her about them.
34. Tell each other your most sacred secrets/fears.
35. Be Prince Charming to her parents.
36. Brush her hair out of her face for her.
37. Hang out with his/her friends.
38. Go to church/pray/worship together.
39. Take her to see a romantic movie and remember the parts she liked.
40. Learn from each other and don't make the same mistake twice.
41. Describe the joy you feel just to be with him/her.
42. Make sacrifices for each other.
43. Really love each other, or don't stay together.
44. Let there never be a second during any given day that you aren't thinking about them, and make sure they know it.
45. Love yourself before you love anyone else.
46. Learn to say sweet things in foreign languages.
47. Dedicate songs to them on the radio.
48. Fall asleep on the phone with each other.
49. Stand up for them when someone talks trash.
50. Never forget the kiss goodnight and always remember to say, "sweet dreams"...



Thursday 20 March 2014

Skincare Class : MARY KAY BY Fatin Hanani (Consultant)

Bicara kali ini tentang ^-^

Beauty Consultant : Fatin Hanani



# nak pergi... tak nak pergi... nak pergi...tak nak pergi... berkira-kira ni sebab kekangan masa ... akhirnya hari sabtu 22 Februari 2014 tengahari bersama mak, adik dan anak buah angkut sekali untuk teman ke kelas ni.

# sesi berjalan selama 2 jam lebih sebab banyak berhenti...

~ Sesi penjagaan tangan
~ Sesi penjagaan kulit muka
~ Make Up macam make over lah :-) best...

Mood : Seronok sebab orang perempuan nie kene jaga penampilan diri baru nampak cantik berseri kau memang daboommm... hehehehe

Perkongsian gambar :-

Psstt : Banyak gambar tak ambil sebab lupa.. sempat snap masa buat masker dan selepas makeup... taraaaa....







@ Invite kengkawan yang sporting nie... namanya Noriz, Nanik, Aten (Adik Fitri) dan Janah @ Siti Fara...

# kelas ni baru lagi 14 Mac 2014 (Jumaat) dari jam 6 petang sampai 11 malam... relax je kelas nie...

 Sesi cuci muka dan pakai masker ...
Sesi Makeup...kusyuk walaupun tak pernah makeup tapi pandai juga dorang nie... teruskan usaha ye lepasni makin pandailah tuhhh... :-)


#PRAYFORMH370

Bicara kali ini tentang ^-^

Mood ** :-(

Marilah sama-sama doakan semoga penumpang dan anak kapal selamat. Semoga ini adalah satu ujian yang Allah tunjukkan supaya kita lebih dekat dengannya. Amin...




Topik Panas : Boeing 777 - MH 370 - Hilang...

Bicara kali ini tentang ^-^

Mood : Sad :`(

Menjadi Misteri dimanakah MH370 :- 08 Mac 2014 (Sabtu) Kuala Lumpur - Beijing



Gempar :- semenjak pesawat MH370 hilang dan tidak dapat dikesan mengemparkan seluruh dunia. Misi mencari dan menyelamat dibuat sehingga kini. Kemana perginya pesawat tu pun tak tahu nak buat andaian sangat takut salah... tetapi sekadar andaian tu ada tapi tak mampu nak keluarkan dalam blog nie. tunggulah sehingga pesawat tu muncul baru berani keluarkan andaian tu.





Seramai 239 penumpang termasuk juruterbang dan anak kapal. Sedihnya rasa walaupun jumlah rakyat malaysia hanya 38 orang dan walaupun bukan ahli keluarga sendiri tetapi sudah menjadi kewajipan saudara seislam untuk saling doa mendoakan. Majoriti dalam pesawat ini adalah daripada negeri china sebanyak 152 termasuk banyi. Pilunya hati keluarga mereka. Ehemmm... :-(


** Gambar diatas adalah terdiri daripada juruterbang dan anak kapal serta penumpang yang terdiri daripada rakyat malaysia....


Wednesday 19 March 2014

Duta Aurawhite dibatalkan serta merta...

Bicara kali ini tentang ^-^

Motif : Terasa ingin mengulas cerita artis ini kerana ada kene mengena dengan Aura White ^_^

 Siapa yang tak kenal dengan pelakon dan duta Aurawhite Hanez Suraya semenjak gosip dia dengan Mr. R heboh di media semakin kurang berminat dengan dia nie...  terlalu lancang berbicara tentang isteri Mr.R yang masih belum sah bercerai.

Pandangan sendiri : Sebagai seorang wanita sepatutnya hanez tahu untuk jaga perasaan kaum dia sendiri. Sekiranya tahu itu adalah kesalahan daripada dia sepatutnya "mohon maaf" je lah... Allah bagi setiap wanita perasaan malu dan tolonglah rasa malu dengan perbuatan sendiri kenapa tak gunakan untuk memohon maaf lagi mahu bermain api. Sekiranya sebelum ini sudah tahu status Mr.R atau pun tidak dari pandangan semua dia memang bersalah dan tetap dipersalahkan. Jangan berkata besar tidak takut hukum karma. Kalau Allah nak balas dan tunjuk depan mata diri sendiri yang malu. Tapi dalam kes ni dua-dua salah... Hanez & Mr. R.



Aurawhite dikecam sampai ramai yang mogok untuk tidak membeli produk ni sebab duta Hanez Suraya. Tup..tup... dengar cerita kontrak sudah dibatalkan serta merta.

Pandangan sendiri : Apa yang awak buat, awak akan terima balasannya semula... mungkin antara hikmah yang Allah nak tunjuk dekat hanez kerana keberaniaan dia dan kerana tidak takut dibenci oleh semua orang. Janganlah rasa diri kita tinggi kerana nikmat Allah bagi tu hanya sementara kalau Allah nak tarik sekelip mata je... Tapi apa yang saya nampak kalau takde duta ini pun dia boleh hidup dengan apa yang dia ada sekarang iaitu dengan dunia lakonannya.

# macam wartawan pulak ye siap ada ulasan peribadi. Apa-apa pun sekadar pandangan. tak kenal pun hanez. sebab dia artis kankankan....

Tutorial : Produk MARY KAY Basic Makeup by Yna Sakinah

Bicara kali ini tentang ^-^

Baru berjinak-jinak dengan produk MARY KAY yang diperkenalkan oleh seorang teman baik saya iaitu Fatin Hanani (Consultant Mary Kay).

Semua suka cantik kan !!! kenapa tidak mencuba sesuatu yang baru...  cakap tentang makeup memang nombor satu... saya sangat-sangat suka. (makeup jangan keterlaluan yeee...biasa2 je) baru nampak natural...

Ini dia video tutorial saya kongsikan untuk semua :-

Motif :- nak kongsi cara makeup yang betul untuk semua... sebab saya sukakan kecantikkan dan ingin cantik menawan... :-)

Menulis ikut kepuasan diri...

Bicara kali ini tentang ^-^

macam takde topik yang ingin dibangkitkan tetapi rasa untuk menulis sesuatu tu ada tentang kecantikkan, kecomelan dan yang indah-indah semuanya.

kata orang biar tak cantik asalkan dia seorang yang baik, biar tak handsome asalkan dia seorang yang beriman... kata-kata ini selalu sangatlah didengari...kankankan...

saya bukanlah dikategorikan sebagai cantik tetapi "manis tu ada, comel tu ada, cun tu ada" lain orang lain pandangannya... kadang ada yang cakap "cantik pun ada" ayat cantik kalau saya dengar memang kembang semangkuk ehhh bukan semangkuk bermangkuk-mangkuk...hehehe..bukan senang nak kene puji tau... tapi kalau kene puji selalu pun tak elok boleh memudaratkan diri sendiri sebenarnya... ayat-ayat manis diatas bukan saya yang nampak pada diri saya orang yang rapat dengan saya yang cakap saya macam tu so mata saya tidak salah melihatlah memang benar ketulenan kecomelan saya ini... Alhamdulillah... hanya pinjaman semata-mata saya perlu jaga je...

motif : kehabisan idea... please come...and come...and come... my idea... :-(

Belek-belek gambar lama...

Bicara kali ini tentang ^-^

Bila blog sudah dipenuhi dengan sesawang dan debu2 sebok tuan tanah kedaun ni nak kasi buang sawang2 dengan debu2 tuuu suhhhh...cuci sana sini kasi bersih...  :-)

Tetibe dapat feel untuk melihat wajahku dolu-dolu di zaman muda remaja, kini remaja juga tapi diusia yang wajib (berumahtangga) hollaaaa...




Motif : sekejap masa berlalu... seperti ingin kembali di zaman-zaman kanak-kanak, sekolah , peringkat kolej...ehemmm... tetapi semuanya hanya tinggal kenangan ... hidup perlu diteruskan....

Monday 27 January 2014

Terkilan...Sedih... :'-(

Bicara kali ini tentang ^-^

Hilang sedikit semangat dan ingin kembali bangkit... Sedih dan terkilan dengan apa yang berlaku. Bincang sana bincang sini terlalu sukar untuk difahami. Saya memahami situasi yang ia alami tetapi terlalu kejam jika dia mention "MALAS" wooowww hebatnye berkata sedemikian. Terlalu "MEMBARA"nya hati saya pada masa itu sehingga tidak memikirkan apa-apa dan membuat tindakan yang sangat drastik.

Tak salah dengan setiap kata-kata dia semuanya boleh diterima akal tetapi saya hanya memberikan sedikit cadangan supaya ada kelainan dan dia sekali lagi mention "MALAS" why? ehemmm... sentap dan sentap...

Apa-apa pun keputusan semua telah dibuat dan berakhirnya semalam 26/01/2014 - Ahad- Redha dan Pasrah atas ketentuannya... AMIN... 

Friday 24 January 2014

Awal Muharram ~Salam Maal Hijrah 1435H~

Bicara kali ini tentang ^-^
Tahun baru... Azam baru... kejapnye masa berlalu.... pejam celik pejam celik tengok2 umur pun meningkat.... tapi rase macam masih muda je..hehe....
Tahun baru ni banyak kenangan yang perlu saya lupakan... kalo ikutkan bukanlah lupakan sangat kadang2 teringat je tapi kene cube untuk lupakan kenangan pahit.... maha hebat sangat tapi alhamdulillah dapat selesai walaupun tiada jalan penyelesaian....
Takutnye masuk tahun baru 1435 hope dugaan dan cabaran tidak datang lagi... tapi saya hanya mampu melihat setiap apa yang telah Allah rancangkan untuk saya... kenangan itu pasti ada dan akan datang dan pergi....
Tahun 1434 telah menutup tirainya walauapapun segala kenangan pahit tidak mudah untuk saya lupakan...banyak kenangan yang menimpa... subhanallah ujian yag tidak ku duga...  sungguh saya takut dengan tibanya tahun baru 1435... semoga saya dapat tempuhinya dengan hati yang terbuka...
Kini bermulalah episod dan angka umur yang baru...  #smile alwayzzz....

Shawl...Shawl... Al-Humaira Cotemporary

Bicara kali ini tentang ^-^

Semenjak pandai memakai shawl ni saya sangat obsess dengan penjualan shawl dimana sahaja lah... kadang dalam sebulan 2-3 shawl berlainan design saya beli... #shawlku #cantik :-)

Semalam ceh... sesaja je nak singgah ke Butik Al Humaira Cotemporary, sebab sebelum tu dah usha2 dekat website dia, banyak pulak yang berkenan, tapi lebih suka membeli secara byhand daripada online, kalau dah terdesak nak online baru beli.

#cantik #canti #cantik sangat ... #suka #terpikat #terpegun #terpesona sangat lah... so belek2 lah dapat satu... beli satu saja nak mencuba, boleh datang lagi dengan corak2 yang baru.

Harga pun takdelah mahal mana, biasa je RM43. Nak kata mahal tu tidak lah still masih dalam bajet dan semua mampu beli... material pun panjang n labuh so tak kisahlah untuk kepuasan diri juga kan...

Selesa sangat kot bila pakai... hari ni baru saya pakai... taraaa... cun tak....hehe... 




Tuesday 14 January 2014

Tidur dengan Bantal & Perwatakan ...

Bicara kali ini tentang ^-^

Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-

1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.


2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal


Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dengan orang ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tidak suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal

Kasihan betul... pergi kedai belilah satu!!

How to say Wo Ai Ni (I Love You) in 100 Languages !!!

Bicara kali ini tentang ^-^


  1. English - I love you
  2. Afrikaans - Ek het jou lief
  3. Albanian - Te dua
  4. Arabic - Ana behibak (to male)
  5. Arabic - Ana behibek (to female)
  6. Armenian - Yes kez sirumen
  7. Bambara - M'bi fe
  8. Bangla - Aamee tuma ke bhalo aashi
  9. Belarusian - Ya tabe kahayu
  10. Bisaya - Nahigugma ako kanimo
  11. Bulgarian - Obicham te
  12. Cambodian - Soro lahn nhee ah
  13. Cantonese Chinese - Ngo oiy ney a
  14. Catalan - T'estimo
  15. Cheyenne - Ne mohotatse
  16. Chichewa - Ndimakukonda
  17. Corsican - Ti tengu caru (to male)
  18. Creol - Mi aime jou
  19. Croatian - Volim te
  20. Czech - Miluji te
  21. Kadazandusun-muhang ku kuma’a dika
  22. Danish - Jeg Elsker Dig
  23. Dutch - Ik hou van jou
  24. Esperanto - Mi amas vin
  25. Estonian - Ma armastan sind
  26. Ethiopian - Afgreki'
  27. Faroese - Eg elski teg
  28. Farsi - Doset daram
  29. Filipi no - Mahal kita
  30. Finnish - Mina rakastan sinua
  31. French - Je t'aime, Je t'adore
  32. Gaelic - Ta gra agam ort
  33. Georgian - Mikvarhar
  34. German - Ich liebe dich
  35. Greek - S'agapo
  36. Gujarati - Hoo thunay prem karoo choo
  37. Hiligaynon - Palangga ko ikaw
  38. Hawaiian - Aloha wau ia oi
  39. Hebrew - Ani ohev otah (to female)
  40. Hebrew - Ani ohev et otha (to male)
  41. Hiligaynon - Guina higugma ko ikaw
  42. Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hae
  43. Hmong - Kuv hlub koj
  44. Hopi - Nu' umi unangwa'ta
  45. Hungarian - Szeretlek
  46. Icelandic - Eg elska tig
  47. Ilonggo - Palangga ko ikaw
  48. Indonesian - Saya cinta padamu
  49. Inuit - Negligevapse
  50. Irish - Taim i' ngra leat
  51. Italian - Ti amo
  52. Japanese - Aishiteru
  53. Kannada - Naanu ninna preetisuttene
  54. Kapampangan - Kaluguran daka
  55. Kiswahili - Nakupenda
  56. Konkani - Tu magel moga cho
  57. Korean - Sarang Heyo
  58. Latin - Te amo
  59. Latvian - Es tevi miilu
  60. Lebanese - Bahibak
  61. Lithuanian - Tave myliu
  62. Malay - Saya cintakan mu / Aku ci nta padamu
  63. Malayalam - Njan Ninne Premikunnu
  64. Mandarin Chinese - Wo ai ni
  65. Marathi - Me tula prem karto
  66. Mohawk - Kanbhik
  67. Moroccan - Ana moajaba bik
  68. Nahuatl - Ni mits neki
  69. Navaho - Ayor anosh'ni
  70. Norwegian - Jeg Elsker Deg
  71. Pandacan - Syota na kita!!
  72. Pangasinan - Inaru Taka
  73. Papiamento - Mi ta stimabo
  74. Persian - Doo-set daaram
  75. Pig Latin - Iay ovlay ouyay
  76. Polish - Kocham Ciebie
  77. Portuguese - Eu te amo
  78. Romanian - Te ubesk
  79. Russian - Ya tebya liubliu
  80. Scot Gaelic - Tha gra\dh agam ort
  81. Serbian - Volim te
  82. Setswana - Ke a go rata
  83. Sign Language - ,\,,/ (represents position of fingers when signing'I Love You')
  84. Sindhi - Maa tokhe pyar kendo ahyan
  85. Sioux - Techihhila
  86. Slovak - Lu`bim ta
  87. Slovenian - Ljubim te
  88. Spanish - Te quiero / Te amo
  89. Swahili - Ninapenda wewe
  90. Swedish - Jag alskar dig
  91. Swiss-German - Ich lieb Di
  92. Taiwanese - Wa ga ei li
  93. Tahitian - Ua Here Vau Ia Oe
  94. Tamil - Nan unnai kathalikaraen
  95. Telugu - Nenu ninnu premistunnanu
  96. Thai - Chan rak khun (to male)
  97. Thai - Phom rak khun (to female)
  98. Turkish - Seni Seviyorum
  99. Ukrainian - Ya tebe kahayu
  100. Urdu - mai aap say pyaar karta hoo
  101. Vietnamese - Anh ye^u em (to female)
  102. Vietnamese - Em ye^u anh (to male)
  103. Welsh - 'Rwy'n dy garu
  104. Yiddish - Ikh hob dikh
  105. Yoruba - Mo ni fe 


Luruskan Aku ... Hati Seorang Lelaki

Bicara kali ini tentang ^-^

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau 'women gladiator'. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" yang lain. Tidak akan lahir
'superman' tanpa 'superwoman'.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.

Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini
bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara . Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidin Ali

Merindui Blogku yang lama...

Bicara kali ini tentang ^-^


Pertama kali guna Adobe inilah banner pertama saya buat masa ini masih belajar di KUIS since 2010 maybe i'm not sure. Seriously happy gilerz sebab dapat buat banner sendiri dan masa ni memang bergiat dalam menulis blog... baru2 mengenali blogspot and nak berblogger...hehehe...

 Ini pula banner ke 2 yang berjaya saya buat... main taram je guna Adobe last2 jadi..hehehehe... masa ni tak silap dah bekerja buat masa kerja dekat area batu caves tetiba datang ilham then buat... akhirnya jadi... InsyaAllah untuk blog saya yang baru ini saya nak cuba buat juga lah... ngah mencari ilham macam mana pulak idea kali ini...hehehehe

Cinta Vs Remaja

Bicara kali ini tentang ^-^

#Semoga bahan bacaan ini berguna untuk adik-adik...

Istilah cinta amat popular dan menjadi satu
ungkapan setia di bibir-bibir remaja yang
menganggapnya satu kalimah suci dan bererti.

Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih
yang setia dan mula memasang angan-angan
untuk mendirikan rumah tangga bersama
pasangan pilihan.

Fanomena ini berlanjutan dari bangku sekolah
lagi malah adakalanya membawa kepada
sesuatu di luar jangkauan

Cinta perlu difahami. Semestinya seorang remaja
perlu memahami kehendak dan definisi yang
tepat.

Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar
gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu
sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya?

Di dalam artikel bertajuk Hakikat Percintaan
Dalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta
merupakan satu perasaan yang semulajadi di
alami oleh setiap insan baik muda mahupun tua.

Allah telah menganugerahkan manusia naluri
untuk meneruskan keturunan (salah satunya,
menyukai pasangan berlainan jantina) atau
dikenali dengan gharizah Al-Nau'.

Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang
tiga iaitu gharizah Al-baqa' (naluri untuk
meneruskan kehidupan dan mempertahankan),
gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembah
dan beragama) dan gharizah Al-Nau'.

Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah
fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak
haram di sisi Islam.

Dalam keadaan ini, manusia perlu memahami
kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju
seterusnya.

Malangnya remaja hilang punca dan meletakkan
satu kesimpulan yang mudah tentang hakikat
cinta.

Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih
sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab,
kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan
ada matlamat.

Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang
dikatakan sebagai cinta, maka hubungan
sedemikian sekadar satu permainan dan kepura-
puraan sahaja.

Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan
yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan
hubungan antara manusia dan Allah.

Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu
kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi
pihak lelaki dan perempuan.

Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja?
Adakah setakat mengisi usia remaja dan
adakalanya putus di tengah jalan?

Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebih
kepada konsep ala Barat yang disifatkan penuh
romantis dan indah.

Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta
yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat
kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi
rasa cinta dan kasih sayang sesama insan.

Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah,
masing-masing ingin selamat-menyelamatkan
antara satu sama lain dari segi hubungan dan
kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang
abadi di akhirat.bukan macam anak muda
sekarang!!jalan pegang tangan!!!!igtlah!!!

Asas Penting Menjalinkan Hubungan Cinta

Bicara kali ini tentang ^-^

Rasa hormat adalah asas penting menjalin
hubungan cinta yang suci sesuai dengan aturan
Allah swt. Hormat kepada perintah Allah, ajaran
Rasul serta hormat ke atas hak dan maruah di
antara pasangan amat dititik beratkan ke arah
satu hubungan yang berkekalan.

Seorang lelaki yang jujur terhadap cinta dan kasih
sayang yang terjalin terhadap seorang wanita
tidak sewenang-wenangnya menyentuh tangan
wanita atau memegang erat tubuhnya. Wanita
bukannya objek yang boleh diperalatkan.

Jika ini terjadi, seorang wanita perlu berfikir,
apakah pasangan seperti ini mampu melindungi
dan menjaga maruahnya apabila berkahwin
nanti?

Jika hari ini haknya tergadai kerana seorang yang
dinamakan kekasih, apa kesudahan yang bakal
berlaku satu hari nanti?..."

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMAH DI DALAM HATI.

Bicara kali ini tentang ^-^

Antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia.Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..=)

2. Pendendam
Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau  tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (Ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll.dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.(rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut… walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak! lagipun org tamak selalu rugi..

** Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang.Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut.

8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada.

9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah

**Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMAH.

****Makin tinggi mazmumah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.**** Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu,kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain.

Doa Untuk Para Isteri dan Bakal Isteri...

Bicara kali ini tentang ^-^

Doa ini agak panjang tapi menarik.. mudah-mudahan, Allah memberi yang terbaik untuk anda.....para isteri dan bakal isteri...


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan duniaMu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku dan juga yang
Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..


JADIKANLAH DAKU SRIKANDI PENYEJUK DI MATA ..
PENAWAR DI HATI ..
DI DUNIA DAKU LA PENYERI DI SYURGA MENANTI DAKU BIDADARI......

SALAM MAULIDUR RASUL 1435H

Bicara kali ini tentang ^-^




Maulidur Rasul daripada perkataan arab bermaksud "Kelahiran Nabi" . Tanggal 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 1957 Masihi biasanya pelbagai acara sambutan yang dibuat di negara Malaysia antaranya seperti perarakan, ceramah dan berselawat bagi memuliakan junjungan besar umat islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah SAW. Baginda adalah nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT.



TUJUAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


1.    Memantapkan keyakinan terhadap Rasulullah SAW.

2.    Meningkatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

3.    Baginda adalah contoh ikutan dalam semua aspek kehidupan.

4.    Menghayati sunnah Nabi Muhammad SAW dalam:

        Beribadah dan mentaati Allah SWT.
        Ketinggian akhlak dan budi pekertinya.
        Kesungguhan dan tetap pendirian ketika berdakwah.
        Teguh dan tetap dalam memperjuangkan Islam dan syariatnya.
        Cinta dan kasih sayangnya terhadap sahabat dan umatnya.






~Pengalaman Pahit & Manis Dalam Hidupku~

Bicara kali ini tentang ^-^

Pernah tak dalam hidup uolss terkenang pelbagai kengan sama ada pahit atau manis... tentu ada kan? banyak yang pahit atau yang manis... tentu banyak kenangan yang pahit daripada yang manis kan?

Hampir ke penghujung tahun 2013 rasa ingin mencoretkan sedikit kenangan dalam ruangan ini. Saya dilahirkan dalam keluarga yang cukup baik dan harmoni. Keluarga saya bukanlah dikalangan yang susah atau sangat susah tetapi alhamdulillah keluarga yang sederhana. Kehidupan kami sangat selesa dan bahagia. Saya mempunyai bapa yang sudah pencen dan ibu yang bekerja suri rumah sepenuh masa. Begitu juga dengan adik-beradik. Saya anak yang ke3 daripada 4 adik-beradik. Pertama kakak(sudah berkahwin), abang(sudah berkahwin), saya(belum berkahwin) dan adik(belum berkahwin masih belajar dan baru masuk tingkatan 1 tahun depan 2014).

Kehidupan saya selepas sekolah kebangsan dan menengah. Saya menuntut di KUIS (Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor) dalam jurusan Diploma Komunikasi selama 3 tahun pengajian. Alhamdulillah sudah bergraduate pada tahun 2008. Setelah selesai belajar kolej kini bermulalanya kehidupan saya sebagai seorang pekerja di beberapa buah syarikat.

Banyak pengalaman saya dalam pekerjaan kerana semasa belajar saya juga mencari rezeki demi untuk keselesaan diri saya sendiri. Alhamdulillah rezeki ditangan Allah saya mendapat pekerjaan di salah sebuah syarikat swasta yang dekat dengan rumah saya lebih kurang 15 minit saya berulang-alik bekerja disana. Paling lama saya bertahan di syarikat ini lebih kurang 3 tahun. Dengan izin Allah macam-macam perkara luar biasa yang berlaku keatas diri saya. Demi mengambil langkah selesa saya mendiamkan sahaja setiap apa yang berlaku kepada ahli keluarga. Ada seorang kawan pada mulanya sangat baik tutur kata dia dan boleh dibawa berkongsi setiap cerita kepada dia. Tidak pernah bersangka buruk padanya dan akhir sekali mendapat tahu dia sangat licik orangnya dan memburukkan saya dibelakang. Ya Allah kelembutan dan keterampilan diri dia tidak membawa apa-apa makna kedalam diri saya malah semakin meluat dan saya menjauhkan diri darinya. Bercakap seperti orang yang tidak serupa bikin. (cukup setakat ini untuk si gadis cilik ini sebab entry ni bukan untuk dia sebab sudah lupus dalam sanubari saya tentang persahabatan dengannya...)

Sampai suatu masa apabila saya sendiri tidak menyedari dalam gurauan itulah tersembunyi seribu rahsia... subhanallah saya tidak tahu dimana silapnya akan tetapi inilah ujian yang Allah bagi keatas diri saya. Jenis saya bukan seorang yang melayan mana-mana (boboi) untuk kepuasan atau menghilangkan rasa sunyi. Saya masih waras untuk memiliki hak orang lain demi menjaga hati seorang insan yang bernama wanita. (kaum saya sendiri)

Atas alasan saya menolak adalah kerana saya rasa seperti dagangan yang diberi apa sahaja. Banyak ganjaran yang diberikan sehingga merasakan diri ini terlalu rendah serendah rendahnya... Syukur masih diberikan kekuatan untuk terus mempertahankan diri sendiri demi maruah. Ehemmm tidak siapa yang boelh merasa apa yang saya rasa.

Bukan mudah untuk berkongsi. Hanya mereka yang kuat dan tabah yang sanggup alami kehidupan yang sebegitu. Saya bukanlah orangnya. Insan kerdil lagi hina, mempunyai sifat cemburu yang tinggi, saya tidak mampu melawan perasaan dan tidak mampu untuk berkongsi dengan sesiapa. Berhentilah mendera jiwa dan perasaan saya dan menjadi kehidupan saya tertekan sepanjang hari.

Alhamdulillah angin takde ribut pun takde termeterailah ikatan. (kasih sampai ke penghujungnya...cewah..) dengan kerelaan hatinya akhirnya TAMAT saya disana hanya tinggal kenangan saya disana suka dan duka yang saya laluinya. Sungguh kecewa diatas apa yang berlaku. Tidak relevan, tidak masuk akal, terkesima, terkejut dan banyak terrrr ... Saya tahu saya sedang diuji dan Allah menguji kesabaran saya. Saya cuba terima dan berfikir secara rasional....

p/s : sesuatu kebaikkan itu jika ikhlas ia tidak memerlukan apa-apa balasan. banyak yang saya belajar dari kesilapan saya. Terima kasih ya Allah... 





Monday 13 January 2014

Jenama SUGARSCARF Menjadi Pilihan Hatiku :)

Bicara kali ini tentang ^-^



# macam takde topik sangat tapi saja nak berkongsi dengan kawan-kawan

# butik tudung ni akak ipar saya yang kenalkan saja lah pergi dekat cawangan wangsa setia masuk2 memang banyak pilihan... try beli n try pakai sekali best daaa....

# kain dia ala licin2 & tebal so walaupun harga RM42 tapi berbaloi sebab tebal dan takde lah nampak jarang sangat sesuai untuk mereka yang suka kelabuhan...

# menarik, tertarik kau memang dabomm

# jomlah cuba dan banyak lagi yang menarik kene gi kedai dia atau lawan web dia www.sugarscarf.com klik je kat sini banyak pilihan yang menarik... pilih jangan tak pilih... :-)

Sunday 12 January 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Bicara kali ini tentang ^-^


 Rasanya tak terlewat lagi kan nak wish "Happy New Year 2014"  leka dengan benda lain sampaikan nak Update pun tak sempat. Kadang-kadang tu takde masa nak Open Laptop kalah Menteri beb!!! cewah...

Bila datang je tahun baru bermulalah azam baru, ehemmmm terfikir masih banyak kah azam yang belum dilaksanakan lagi .... yess opcozz...

Berkongsi sedikit azam :-

1. target beli kereta  = Alhamdulillah sudah tercapai... bayar bulan2 je nie...
2. kahwin = ??? x tahu tahun berapa... niat tu ada... InsyaAllah...
3. kerja = mencari yang stabil...
4. berbakti kepada kedua ibu bapa = rasa tak terbalas tapi akan cuba yang terbaik...
5. beli rumah = ??? $$$ harga melambung tinggi macam mana nie nak ada rumah sendiri...
6. anak = !!! belumlah sebab #belumberkahwin
7. Ilmu akhirat = sebenarnya ini sangat penting dan sepatutnya ia ditangga yang teratas... saya masih banyak yang kurang... tahun ini akan di topup segala kekurangan itu...

8,9,10 bla...bla...bla... tak dikongsi lagi...

#thanks coz sudi berehat untuk membaca coret-coret saya ini...
#tirai 2013 telah pun tamat kini tirai 2014 sudah datang harap semua dapat gunakan masa yang ada ini dengan sebaiknya ye...
#cubalah menjadi insan yang berguna... main-main jugak bila perlu serius harap serius tau...
#senyum lebarrr :-)


Sunday 5 January 2014

Syukur... Alhamdulillah... adikku Syafiqah belajar rajin-rajin ye lepas nie...

Bicara kali ini tentang ^-^

Terlambat post, tapi still juga nak post... hangat dengan Keputusan UPSR yang dikhabarkan keputusan tahun ini rata-ratanya meningkat. Sebab apa saya ambil tahu, sebab adik saya salah seorang calon UPSR yang sudah tahu pun keputusannya. Bukan setakat UPSR je sekolah agama pun ada UPSRA.

Kakak mana yang tak bangga kalau adik sendiri berjaya!!! betul tak... syukur sangat kerana dalam ramai-ramai adik beradik... si bongsu ni jugak yang kami harapkan... insyaAllah ilmu yang dia ada boleh ajar dekat anak-anak buah nanti. so boleh lah dapar gelaran teacher su a.k.a moksu... :-)

Bangga sangat sebab dua2 sekolah (agama & kebangsaan) dia berjaya mencapai kejayaan yang hampir 100% lah... gila kentang.... dekat rumah tak nampak pun rajin dia nak baca buku, kadang-kadang marah jugak, bila exam result dia gila gempak... sapa yang tak bangga... hehehe

Sepanjang sesi persekolahan dia, banyak anugerah dia dapat... semuanya anugerah cemerlang... wah2.. saya dulu nak kira cemerlang tu takdelah kan... biasa2 je, tapi dah besar ni alhamdulillah...

Sepanjang anugerah yang diterima... (2 Sekolah)














#Wish birthday to me :-) #

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Followers