Thursday 16 June 2016

Ramadhan Kareem & Perkongsian Kisah Hidupku

Bicara kali ini tentang ^-^

Lamanya rasa tak tinggalkan kata-kata dekat sini. Giler bersawang sangat2 dah nie... 2016 ku muncul kembali untuk menulis setiap kisah kehisupanku yang bakal dibaca oleh sesiapa yang mengenali diriku.

Bulan Ramadhan untuk kali yang keberapa aku pun lupa tapi ikut tahun hijrah dan 1437H. Lama tak lama baru aku nak start aktif untuk menulis....

Sekarang alhamdulillah... aku sudah selamat melangsungkan perkahwinan bersama kekasih hati pengarang jantungku suamiku tercinta Mohd Fitri Bin Abdul Wahab. Alhamdulillah sudah 6 bulan kami melayari bahtera rumahtangga. Ada masa pasang surut tu sentiasa berlaku. Ada masa gembira dan ada masa berduka. Usia perkahwinanku masih muda remaja dan masih banyak yang perlu aku belajar dalam membentuk rumahtangga yang harmoni.

Tanggungjawab sangat besar. Kalau nak tahu kahwin dulu baru tahu. Tapi andai kita dan pasangan sama-sama berbincang bagaimana untuk membentuk rumahtangga yang harmoni insyaAllah semuanya berjalan dengan lancar.

Selama aku menjadi seorang isteri aku sangat bahagia bersamanya. Tipulah dalam kebahagian itu pasti ada yang terluka. Kadang-kadang ada masa kami kami berselisih faham. Jika kita rasa hubungan ini ingin kekal lama ... Cubalah untuk perbaiki hubungan menjadi lebih baik. Rumahtangga kita hanya kita yang bentuk tanpa ada campur tangan orang lain....


banyaknye rasa nak kongsi..tapi setakat ni dulu lah sebab akan disimpan untuk posting akan datang...

Selamat Berpuasa semua...

No comments:

Post a Comment

Thanks encem and cute yang sudi tinggalkan komen disini. Saya akan baca dan balas nanti ye. Sila datang lagi... !!! :-)

#Wish birthday to me :-) #

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Followers