Sunday 29 September 2013

~ Hari Ahad 29/9/13~

Bicara kali ini tentang ^-^





 Hari ni tak tahu tajuk yang ingin dikongsikan... hari minggu merupakan hari bersama keluarga. sangat malas untuk membuat aktiviti harian dan sangat suka baring diatas katil dan melayan perasaan. Apabila datang "mood" nak bershooping, terus melakukan kerja rumah sampai siap dan keluar pergi ke mall2 yang berhampiran. Kadang-kadang "window shooping" kadang2 beli je terus, bak kata mak saya duit tu boleh cari kalau kurang. :-) pandai mak ... so beli selagi mampu... tapi kene pandai2lah simpan duit juga takut ada kes2 yang memerlukan duit tak ke susah nanti.

#setakat ni je post untuk hari ni#

Thursday 26 September 2013

~ Belajar menjahit bag ... :-) ~

Bicara kali ini tentang ^-^


Ceritanya bermula begini... saya pendekkan je lah ye...

Saya sememangnya sukakan jahitan tetapi takut nak pegang mesin dan cuba menjahit pakaian. Setakat menjahit kain yang rentas atau baju yang rentas tu pandailah. Kebetulan mak saya pun pandai menjahit baju kurung dan langsir rasa minat untuk menjahit tu tinggi jugak tapi masih boleh dikawal. Menjahit ni sangat untung untuk diri sendiri sebenarnya.

Semalam 17/9/2013 di rumah saya ada 2 orang lelaki datang katanya untuk buat kelas jahitan dan pada waktu itu saya tiada dirumah. Apa yang dia terangkan dekat mak saya pun sya tak tahu dan pada waktu itu kakak saya ada dirumah dan kawan-kawan mak saya dan ayah saya juga ada. bla...bla...bla... yang mereka bualkan dan ada borang untuk siapa yang berminat cikgu akan datang ke rumah untuk ajar basic jahitan.


Mak saya pun bayarkan RM5 untuk basic jahitan dan selepas bayar baru dimaklumkan ke saya. Mak bayarkan pun sebab mak tahu yang saya ni memang sukakan jahitan dan ingin belajar menjahit. Kelas pun bermula pada jam 8.30 selepas Isyak. Cikgu Z (nama tidak disebutkan) datang ke rumah untuk mengajar.

Kelas pun bermula cikgu Z terangkan serba sedikit tentang jahitan. Apa yang dia bawa adalah mesin jahit baru dan kain yang belum dijahit. Bila saya tengok kain tu macam dah tahu nak buat apa. Bila di teka betul jawapan saya adalah beg. So cikgu pun sediakan mesin jahit untuk saya guna. takde asas menjahit pun itulah pertama kali.


Saya kena duduk depan mesin dan cikgu bagi kain minta saya jahit kain yang dia bagi berbentuk 4 segi sama tu dijahit semua dan buat satu lubang. Dengan menggunakan banyak teknik jahitan corak-corak menarik semakin kelihatan di kain itu.. (dalam hati timbul rasa gumbira yang teramat sanagt) semakin cantik saya jahit semakin banyak pujian pulak yang saya dapat... mana tak kembang semangkuk... kiki...



Menjadi akhirnya hasil usaha dan kerja jahitan saya... kagum sungguh dengan diri sendiri. memang saya kene buat sndiri2 je adalah jugak cikgu tu bagitahu pe yang perlu buat tapi yang gerakkan kain tu saya.. hehehe...apa2 pun terima kasih ye cikgu.

Kerja jahitan saya pun siap. Nampak muka riak tapi sebenarnya tidak kerana rasa teruja sebelum ni memang tak pernah nak menjahit guna mesin jahit sebab skill hanya untuk jahitan tangan je dan lebih banyak tengok mak jahit gunakan mesin je... hehehehehe




yea.. cak..cak ini lah hasil kerja saya yang comel angat.. cantik tak... cikgu bagi A+ kot...punye lama tinggal sekolah... bila dapat markah macam tu suka kot...

Penyelia sudah bagi markah last2 dia bagi tahu tentang kelas dan harga mesin tersebut... bapoklah mahal. Fikir 2x jugaklah... last2 minta maaf memang tak dapat nak terima dan beli sebab duit untuk kelain. Takpelah bagi saya bukan rezeki lah tuh, hanya keinginan semata-mata. de rezeki dapat gaklah saya beli mesin tu nanti...saya nak belajar basic2 je dulu ye cikgu....





Monday 23 September 2013

~ Fireworks Competation :-) ~

Bicara kali ini tentang ^-^


Menarik...menarik...menarik..fantastik.. saya suka..saya suka.... siapa yang tahu pasti ada yang datang kesana. Hari pertama saya datang bersama angah (Rifaee), kak ngah (Oshin) dan adik kesayanganku (Pqa). Selepas Isyak kami terus kuar dari rumah menaiki kereta menghala ke Putrajaya. Seronok kot penuh dengan kereta2 rakyat Malaysia yang ingin melihat bersama-sama. Rugilah orang kata kalau tak datang.


Tiba kat sana hujan pun renyai-renyai tapi kami sanggup redah. Beberapa minit selepas tu pertandingan pun bermula. Sangatlah cantik bermacam2 warna dan corak yang dikeluarkan. Semua yang hadir bersotal "wooowww" "wooowww" hehehe... budak-budak kecik pun gembira inikan pula saya. kankankan...




Keesokkan harinya saya datang lagi ke Putrajaya,presint 2 ... kali ni datang bawa mak dan abah sebab agenda kemana-mana memang takde jadi bawalah mak abah sekali untuk melihat.

Wahhh tempat kami tengok bunga api kali ni sangat dekat sebab kami duduk sebelah kolam... bawa makanan sikit n bentang alas duduk...suasana masa tu dah macam romantik sangat...

Persembahan bunga apai selama 25 minit. cantik..cantik...cantik... menarik kau memang daboooommmm!!!!



## Masa terluang tu bila ada bolehlah pergi... untuk mengisi masa lapang... :-)

Friday 13 September 2013

~Impian... dreammm... ~

Bicara kali ini tentang ^-^



Bila bercakap tentang impian, mesti ramai yang mempunyai impian-impian tertentu. Kadang-kadang dari impian ianya akan menjadi realiti. Subhanallah hebat sekali kan.

Hak sesiapa sahaja yang mengimpikan sebuah kehidupan yang bahagia. Inginkan kehidupan yang sempurna dan kemewahan dan apa sahaja yang mereka inginkan.



Saya tak lari daripada mengimpikan sesuatu yang istimewa. saya mengimpikan kehidupan yang sempurna punyai keluarga yang bahagia saat saya sudah berumahtangga. Ya Allah engkau sahaja yang mengetahui akan apa yang telah hambamu ini impikan.

Impian saya sangat tinggi. Saya mengimpikan seorang lelaki yang dapat membimbing saya ke jalan Allah. Seseorang yang berusaha untuk berjaya sama ada didunia atau diakhirat bukan hanya redha dengan apa sahaja yang berlaku. bukanlah hak saya untuk menjadikan semuanya sempurna. Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk saya. kini saya terimanya dengan redha dan sentiasa kuatkan semangat demi masa depan. Impian juga salah satu cara untuk kita berusaha untuk mencapainya menjadikan ia sebagai satu realiti. kekayaan juga adalah satu impian. ia bukanlah yang utama bagi saya sekiranya berjaya menjadi kaya adalah satu rezeki yang telah Allah berikan. Sifat seseorang boleh berubah dengan kemewahan sama ada secara sedar atau tidak. Nikmat yang Allah turunkan kepada hambanya pasti ada ujian yang Allah selitkan sama ada dengan sikap, tindakan atau apa jua yang berkaitan dengan masalah dalaman seseorang setelah diberikan nikmat itu. Saya sentiasa berlapang dada dan lebih positif untuk mencapai kecemerlangan dalam diri. Hari ke hari saya cuba untuk menjadikan diri saya terus berjaya. InsyaAllah. Amin.







Thursday 12 September 2013

~Senyum di pagi hari ... :-) ~

Bicara kali ini tentang ^-^





Selamat pagi semua, salam seluruh alam... Subhanallah bila berjalan pagi-pagi ni memang sempat untuk menghirup udara segar.

Sempat tersenyum dan bermimpi sejenak indahnye apabila berjalan beriringan dengan encik suami dan anak-anak. Semoga doaku selama ini akan dipermudahkan dan diperkenankan. Amin...

Nak nyanyi sikit lah :-

Lagu : Senyum

















Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...







~Makan Malam Bersama Adikku~

Bicara kali ini tentang ^-^


Bila rasa kosong n ada masa lapang mula peluang untuk menemani tu ada, begitu juga rasanya apabila bersama adik angkat apabila dah lama tak berjumpa kami pun ber"dinner" bersama.

Masa ni lah banyak sangat bende yang nak di "GOSIP" kan. Banyak sangat lah yang dikeluarkan. Untuk mengurangkan tekanan better bercerita dengan seseorang yang lebih memahami dan percaya.

Bila dah mula rasa percaya tu masing-masing ada tanggungjawab untuk menjaga rahsia bersama. Bila dah kata rahsia memang tak boleh becerita dekat orang. Bila dah mula bercerita pada orang hilanglah kepercayaan. Bukan senang nak percaya pada orang tapi bila dah percaya macam2 akan dikongsi tapi bila sudah hilang percaya memang menempah maut... kankankan... so berwaspadalah ye... pesanan dari saya.. :-)


~Isi masa lapang dengan "Chatime" bersama teman...~

Bicara kali ini tentang ^-^


Bila tension cari peluang untuk keluar bersama teman. Rasa ngidam dengan ais2 ni sejuk2 nie...walaupun hujan kan rasa nak jugak yang sejuk2...

Thanks to my teman coz temankan and hilangkan stress saya tau... nanti bila free2 kita kuar lagi...

Tuesday 10 September 2013

~Mendapat jemputan daripada adikku awish!!!~

Bicara kali ini tentang ^-^


30 Syawal 1434H... Alhamdulillah selesai sudah raya puasa..biasanya makin dekat nak habis raya makin banyak rumah terbuka... dekat Malaysia dah macam adat..setiap kali syawal pasti banyak rumah terbuka. Dengan membuat majlis makan2 seperti itu ia dapat mengeratkan lagi hubungan silatulrahim dan merapatkan ukhuwah yang jauh didekatkan yang dekat dieratkan... :-) 

Terima kasih kepada adikku nories dan kawan2 kerana sudi menjemput saya ke rumah untuk memeriahkan majlis makan2 penutup syawal...pertama kali datang ke rumah bujang mereka sangat seronok..hehehe..kalau ada makan2 lagi jemputlah lagi ye... :-)




 

Sunday 8 September 2013

~Syukur... pengambilan darah kali ke 2 di Hospital Selayang tiada denggi~

Bicara kali ini tentang ^-^
 Alhamdulillah... akhirnya keputusan yang saya terima sangat mengembirakan. Saya tiada jangkitan denggi. Nikmat sakit itu Allah datangkan mungkin sebagai penghapus dosa-dosa lalu dan saya laluinya dengan hati yang terbuka dan berlapang dada. Nikmat sihat yang Allah bagi saya akan gunakan dengan sebaiknya. Amin...


Saturday 7 September 2013

~Sakitnye jaroom doktor menembusi urat sarafku~



Bicara kali ini tentang ^-^



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjeSitv5Rnrb9NUPGMgtWv9bvK9VcqM2JHWVOETanz_RS6dsCOHnlURhKGmz1gY1e_E5K2p_riJcfo2q5AuctV6YnKUuv_0fvM3IMTKgCJ2EshoPPv3Xx60qfIIL9HIq3RXBCJgx17cdC8/s320/disposable+syringe09.jpg






sakitnye bila dicucuk dengan jarum doktor untuk ambil darah di pergelangan tanganku. sampai sekarang masih terasa sengal-sengal dia... nak kata sakit sangat tu tidaklah tapi kalau dengan saya yang penakut ini memang lah sakit

ujian saya datang lagi dengan demam + pening jumaat pun tak ok jugak try ambil darah dan keputusan menunjukkan bahawa saya ada suspek denggi sangat terkejutlah

  dari klinik di tukar ke hospital. mujur abang saya encik Ahmad Rifaee ada dan tolong hantar dan bawa.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgIrAMZeBeju1aPwevR67j3R55HV9FLm4Q0xG6LdZjISOS2pU61lXmHdxYtPVOzvFTW6JXKbzMQGjq1B_YO0dUdV7rjBHCDl94gXwVmpAgH8rjaWjDLNl7mRVjbUDzhK9p8oASpsSv8SKU/s320/takut+jarum.jpg

 macam inilah rupa saya masa doktor nak cucuk jarum. klinik pertama saya pergi area batu caves saya ditemani oleh adik saya yang bernama syafiqah dia yang bagi semangat kat saya sebelum jarum tuh nak dicucuk dekat pergelangan tangan saya... antara ayatnye yang berbunyi alang jangan tengok jarum nanti lagi sakit dan doktor pun senyum .

tempat kedua adalah hospital untuk memastikan bahawa saya betul dijangkiti dengki atau tidak. doktor tengok pada badan bukan denggi tapi still kene ambil darah esok (sabtu). mula tak nak oleh sebab desakan ibuku minta pergi juga akhirnya akur.. penantian untuk esok... sakitnye...

saya perlu diberika ubat tahan gatal dan hilangkan merah2... ubat tu masuk di tangan.. pstt... pertama kali saya kene mcm ini. sakitnye kene cucuk kali kedua nasib urat yang lain. masa ubat dimasukkan memang tak rase pun.

saya pun bergerak ke farmasi untuk ambil ubat yang diberi. sampai dekat sana penuh degan pesakit2 tunggu giliran. saya memang tak boleh kalau tak dapat oksigen yang banyak nie... rasa pening n mual2 n nak pitam nasib ada kerusi kosong n minta dengan angah nak duduk kejap sebab tak larat sampailah muka saya pucat teramat sangat mujur angah nampak dan saya minta dia belikan air. setelah dapat air dan minum peluh satu badan. subhanallah sangat takut masa itu.

alhamdulillah semuanya ok.. so perjumpaan esok dengan doktor untuk ambil darah nak tahu keputusan ke2 sama ada suspek atau tidak... insyaAllah semoga semuanya ok. Amin...

cerita saya kali ini...














#Wish birthday to me :-) #

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Followers