Tuesday 19 July 2016

Resepiku:- Bebola Ikan Masam Manis

Bicara kali ini tentang ^-^


Bebola Ikan Masam Manis

BAHAN-BAHAN:
200gm bebola ikan
1 biji bawang besar | dihiris
2 biji cili merah | dihiris
2 tangkai daun bawang | dihiris
2 ulas bawang putih | diketuk
Sos tomato secukupnya
4-5 kiub nenas dalam tin | dicincang halus
Air secukupnya
Minyak masak untuk menumis secukupnya


CARA MEMASAK:
  1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih yang diketuk dan bahan-bahan hiris sehingga layu dan berbau wangi.
  2. Selepas itu masukkan sos tomato dan air secukupnya. Kacau hingga sebati dan mendidih.
  3. Masukkan bebola ikan dan daun bawang. Kacau seketika sehingga masak.
  4.  Angkat dan sedia dihidangkan.

Selamat Mencuba....

**Sumber daripada Resepi RASA... 

No comments:

Post a Comment

Thanks encem and cute yang sudi tinggalkan komen disini. Saya akan baca dan balas nanti ye. Sila datang lagi... !!! :-)

#Wish birthday to me :-) #

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Followers