Friday 6 December 2013

Melaka!!! Pulak ... Kenduri vs Jalan-jalan Makan Angin....

Bicara kali ini tentang ^-^

- Petang selepas asar keluar rumah untuk ke destinasi yang dituju. Sepanjang perjalanan bermula dari highway Nilai jem panjang... sakit hati kita nak menunggu. Konvoi dengan pakcik yang duk Damansara. Kami jumpa di R&R Seremban. Berjanggut nak tunggu sampai sana. Jalan sangat jem... mengantuk semualah.... Alhamdulillah lepas isyak sampai dan terus cari surau jamak takhir... syukur selesai dan perjalanan diteruskan....

Kebetulan jemputan daripada makcik saya yang duduk cheras. Hajat kesana datang demi memenuhi undangan Majlis Aqiqah anak along (safiyah). Kenduri dibuat di rumah mak mertuanya. wowww ramai ooo dan ada juga dendangan qasidah daripada adik-adik tahfiz banyak lagu ilmiah yang didendangkan... TAHNIAH along safiyah dan suami kerana sudi menjemput kami sekeluarga.


Tahun ni saya yang banyak bawa family jalan2 sebab apa? abg  akk dah kawin!!! so saya telah ambil tugasan abg untuk membawa family kemana sahaja. Bila saya nak kawin? tunggulah topik ni nanti saya open ye!!!! #mak #saya #nak #kawin .... back to topic asal = berpandukan waze saya dan adik main redah je nak ke "Pengkalan Badak" tempat mandi-mandalah katanya... jumpa pakcik saya dekat sana... cewah buat2 tahu je jalan... Alhamdulillah akhirya jumpa... terbaiklah waze, saya akan gunakan anda sekiranya perlu ye...

Hujan pulak, so sekejap je lah dekat pantai tu.... then terus ke rumah makcik saya punya kakak, tumpang2 solat jamak dan makan2 sikit then perjalanan diteruskan untuk pulang. Kali i ada 3 kereta yang konvoilah, saya, pakcik dan makcik (suami dialah yang bawa kereta) .... :-) jem gilerzzz jalan... rasa macam nak marah je, tapi kesabaran tu lebih tinggi...cewah... #alhamdulillah ...


Maghrib sudah dan kami semua berhentilah dekat R&R Sungai Besi, jamak takdim (maghrib+Isyak) alhamdulillah semua dah selesai, pergi makan pulak dekat AMJAL... bagi sesiapa yang tahu dia duduk dibawah jambatan, maybe popular kepada mereka yang duduk berhampiran sana.

Finally, bersalam-salaman dan pulang ke rumah masing-masing. sepanjang pemanduan ke rumah saya berasa sangat letih sekali, mata yang letih sebab fokus sepanjang perjalanan tapi nikmat bawa kereta memang bestlah.. hehehehe... :-)

**So sekali ada masa terluang untuk berjalan teruskan perjalanan ada untuk kemana sahaja. tetapi satu je kene jaga iatu solat... Islam itu tidak menyusahkan... Selamat beramal... :-)



#namaku #terukir 1/12/2013 - Pengkalan Balak .... #YaYa#


Wednesday 4 December 2013

Jalan-jalan pergi kenduri sambil makan angin...

Bicara kali ini tentang ^-^

Musim-musim cuti sekolah ni ramainye yang buat majlis walimah.. (dalam hati tetiba berkata... bila turn aku pulak) ehem... geram je bila tengok hari bahagia kawan-kawan. Cepat jodoh dorang sampai.. untuk sedapkan hati takpe masing-masing tengah mengumpul duit semoga dia adalah jodohku yang terbaik dunia dan akhirat. amin...

Awal pagi dah bangun bersiap nak ke johor... semangat sangat pertama kali nak drive jauh-jauh nie... ajak awish adik angkat saya. Alhamdulillah dia nak ikut sebab nak kurangkan tekanan dia so bawa dia jalan-jalan...saya bawa adik kandung juga (pqa) nama dia... musim cuti sekolah kan so bawa lah sekali... then pergi ke LRT Bandar Tasik Selatan ambil kawan (Fetty) nama dia... kawan se kolej n sekelas nie yang kawin. Lama betul tak jumpa.... setelah beberapa tahun jumpa balik g sekali ke kenduri kak liza...

Tahniah!!! kak liza akhirnya selamat diijabkabulkan dengan pasangan yang sama cantik sama padan dan semoga kekal hingga akhir hayat. amin... akhirnya sampai juga yaya kan nak tengok akak kawin...:-)

p/s : Semoga hubungan yang dibina kekal selamanya. Buat diriku yang masih belum mendirikan rumahtangga..cepat2 ye... semoga pilihan yang terbaik dan kawin cepat... amin... :-)




Monday 4 November 2013

Wedding time : Tahniah Syauqi Kasim & Pasangannya...

Bicara kali ini tentang ^-^


Late lagi kali nie nak kongsi cerita... tapi takpelah walaupun late saya tetap nak kuarkan jugak..sebab selagi dalam koleksi saya nak jugak kuarkan...teman2 baca je lah kan...

Saya dapat jemputan kawin dari shauqi (artis nasyid devotees ooo) saya kenal rapat ngan dorang ni masa keje dekat ex office saya dulu lah... tapi sebelum tu mmng dah kenal sbb artis kan...so kenal2 gitu je..bila dah penah bekerjasama nie rapat jugak n sebab tu saya dapat undangan ke majlis tuh...
Kenduri belah perempuan hari sabtu dan lelaki hari ahad... saya tak dapat join hari ahad jadi saya datang hari sabtu bersama partner saya...

Pelan kami sebenarnya sangat awallah nak pergi sana... saya pulak ada temujanji ngan member dan masa tu macam2 hal berlaku... member ni dah kawin then adalah perbincangan tentang kecantikan n bla bla bla...hehe..pendekkan cerita...

So bertolak lepas zohor dalam kul 2... jalan menghala ke upm memang tahu tapi ke dewan dia mmng tak tahu... so saya pun onlah waze kira macam gps jugaklah... so perjalnan berjalan dengan lancar... start masuk upm kami dah mula sesat2...banyak park guard tanya xjumpa2 last tanya ngan student situ baru jumpa...
Kami sampai dah lewat sangat kira majlis macam nak habis tapi still de org datangw lagi...datang pun xmakan sebab catering dah kemas2 makanan..so sampai2 kami jmpa pengantin borak2 dan bergambar je... alhamdulillah sampai jugak n dapat tunjuk muka...

Dengan ucapan semoga shauqi dan pasangan dikurniakan cahaya mata yang dapat menjadi penyeri keluarga dan menjadi anak yang soleh dan solehah begitu juga pengantin jadilah ibu bapa yang soleh dan solehah...jadikan keluarga kalian sentiasa dalam rahmat Allah. Amin...


Dibawah ini lagu KAU & AKU di karang khas buat isterinya... Sweet sangat and nice song..

Friday 1 November 2013

~ Dinner dengan BFF dekat Restoran Wangsa Grill Chef Zubir Wangsa Melawati ~

Bicara kali ini tentang ^_^


Sebenarnya nak bagi tahu yang memang tak rugi diner dekat restoran ni, walaupun harga dia yang "boleh tahan" tapi asal sedap memang tak rugi. 

Saya dengan "BFF" datang dekat sini dalam jam 9 lebih malam dengan cuaca yang sejuk2. Open the Door woww saya dapat lihat dengan hiasan dalaman yang menarik dengan susunan meja yang cantik. Ramai jugak yang datang. Tapi malam tu tak bernasib baik Chef takde... tapi layanan dari pelayan restoran tip top... srba serbi dia bagitahu dengan pilihan makanan pun pelayan yang tolong bagi cadangan. 

Makanan yang saya makan nie nama dia "Pan Braised Chicken DOME"  + Jus Oren
==> Rosted rolled bonoless chicken filled with caramelized onion, spinach and pine nuts, slow cooked in light vegetables-mushroom fricassee with potato cake and homemade slaw


Harga hanya RM28.50 + RM7.00


Menu yang sebelah kanan "Partner" saya makan namanya "New Version Marbled 'Chicken Chop'"  + Jus Mango
==> Layered mushroom-chicken terrine and conflakers chicken drumstick, sauteed vegetables, potato cheese cake and duo of sauce.

Hanya RM29.50 + RM7.00

==> Suasana dalam restoran tu woww romatik sangat dengan backgroud music dapat hilangkan stress. Kalau untuk pasangan yang sedang bercinta boleh lah Candle Light Dinner kat sini. Tak rugi kalau keluarkan wang ringkit untuk orang yang tersayang woooo.... harga mahal tapi puas hati... jangan mahal tapi tak puas hati. Tapi janganlah makan selalu, pokai nanti, makanlah kalau rasa-rasa nak makan ye... Penat lelah kita bekerja tak salah keluarkan sikit untuk makan malam yang mahal dan puas hati. :-)

===> Perut pun dah kenyang so kami pun pulang jam 11 malam... :-)


TQ to BFF coz sudi belanja .. InsyaAllah nanti kita datang lagi masa tu akak belanja ye atau dekat tempat2 lain ke..hehehehehe.... BFF ni a.k.a Adikku... :-)

Wednesday 30 October 2013

10 Tip's penjagaan telefon bimbit anda !!!

Bicara kali ini tentang ^-^


==> 10 Tip je tau... :-) jomlah baca 

 Jangan menggoyang-goyangkan telefon bimbit semasa signal lemah atau tiada. Hal ini akan membuat si telefon bimbit pening dan mual.

 Jangan charge telefon bimbit anda terlalu lama ( setelah bateri sudah full ) hal ini akan membuat bateri anda bunting atau melembung. Jika itu terjadi, belum tentu anda mahu bertanggungjawab dan sanggup menikahinya.

 Jangan terlalu sering bermain game di telefon bimbit. Cubalah serius dengannya. Di dunia ini tidak ada yang mahu dipermainkan sama seperti anda juga.

 Jangan terlalu kuat memicit keypad atau skrin sesentuh telefon bimbit anda. Jika ini berlaku, telefon bimbit anda akan mengalami cirit-birit lalu tercirit.

 Cucilah telefon bimbit anda seminggu sekali agar bersih dari noda, bau dan virus. Bayangkan jika anda tidak mandi seminggu. Begitu juga dengan telefon bimbit anda.

 Pakaikan baju atau jaket yang tebal pada telefon bimbit anda. Hal ini akan membuat telefon bimbit anda berasa lebih nyaman dan selesa serta tahan masuk angin.

 Jangan terlalu sering mengisi topup kredit yang murah ( RM5 ). Hal ini akan membuat telefon bimbit anda berasa rendah diri. Semakin mahal semakin tinggi harga dirinya.

  Gunakan Facebook bersubsidi ( 0.facebook ). Hal ini akan menjimatkan kredit telefon bimbit anda.

 Jangan penuhi telefon bimbit anda dengan sistem pesanan ringkas dari skandal atau pasangan curang anda. Jika kantoi, maka akan melayanglah nyawa telefon bimbit anda ( mungkin nyawa anda juga turut melayang ).

 Jika anda sedang stress, lemparlah telefon bimbit pada tempat yang empuk atau lembut. Hal ini akan mengelakkan telefon bimbit anda dari patah hati ataupun tulang belakang.

==> Ok tak tips nie... rase2 boleh ikut tak.. hehehehe.. :-) selamat beramal... 


Tuesday 29 October 2013

Hikmah memotong kuku mengikut hari yang tertentu ...

Bicara kali ini tentang ^-^



Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.

Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.

Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang khinzir. Jangan ada niat simpan kuku panjang walaupun hanya 1mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong dan sebagainya. Apa ilmu pun yang di ajar susah diterima masuk ke dalam kepala.

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

==> Keratan diatas saya kongsikan untuk dikongsi buat pembaca blog saya. Sekiranya ada sebarang kekurangan minta bantuan untuk tegur menegur sesama satu sama lain ye... :-)

Sunday 27 October 2013

Cara mudah letakkan lagu dalam blog !!!

Bicara kali ini tentang ^-^


Yea..horeyyy...akhirnya berjaya saya letakkan rentak lagu kegemaran saya dalam blog nie... bercinta betul nak mencari ambil masa 2 minggu nak dapatkan padahal guna google je kan...senang je...semua maklumat dihujung jari okies....auw...auw... hehe

oklah takperlu saya bercakap panjang2 kan ... ni di kredit daripada satu blog hamba Allah yang saya jumpa nie mohon share ye EBC untuk melihat pelbagai info dalam blog dia tau....

Langkah 1

Pergi dekat sini Klik

Langkah 2

Part ni, uolss pilihkan Skin yang menarik ye... ikut seperti arahan dia... :-)



Seterusnya kan ikut seperti dibawah nie.... PILIH lagu kegemaran eaaa....


Senang je part nie.. lagu2 boleh dipilih dalam youtube...ambil URL lagu dengan cara klik dekat shared (copy & paste) dekat kotak yang disediakan. kemudian tekan next dan ikut arahan dia ye...

dah sampai masa untuk ikut kekreatifan uolss semua ye... mesti cun punyelah.... then klik button DONE tau...

Langkah 3

Dashboard --> Layout --> Add a gadget --> Javascript/HTML
 --> Bila dah tekan DONE tadi tu uolss boleh lah copy & pastekan code dia letak dekat gadget ye...





Langkah 4

uolss SAVElah dan view blog uolss, jadi tak...  Selamat mencube yeee.....




Tuesday 22 October 2013

JOHARA PAGI ERA ...

Bicara kali ini tentang ^-^




Haha...semalam Isnin 21/10/2013 dengar JOHARA pagi era di era.fm 103.30 pasal rahsia...lawak sangat kisah si along ni...

Kisah dia ni dah 13 tahun pasal motor baru ayah dia baru beli 2 hari dah hilang !!! jeng..jeng..jeng... sampai ayah dia buat laporan polis kes along ni cakap yang motor hilang. Padahal kisah sebenarnya si along ni yang bawak motor ayah dia pergi kampung sebelah, masa tu dia takda lesen dah pandai2 bawa motor ayah dia tanpa pengetahuan ayah dia pulak tuh. Si along ni bawa lah motor ayahnya ke kampung sebelah then tanpa dia sedar motor tu dalam gear 1 dia pun start lah nak dijadikan cerita motor ayah dia masuk dalam sungai. So hilang dekat sungailah sebab tenggelam... so sampai 13 tahun ni ayah dia tak tahu siapa yang buat. Ayah dia report polis dan kes tak habis lagi... hehehehe..lawak3x...




Alkisahnya, JOHARA pun call lah ayah si along ni, so along pun bagitahu hal yang sebenar dekat ayah dia, dengar suara ayah dia macam garang je... maybe ayah dia tekejut dan minta si along ni balik rumah dan sambung dekat rumah... habis kisah dia... so apa2 pun sangat berani lah jugak si along nie...hehehehehe....caiyok2x... walaupun dah lama mesti terkesan kan... hope ayah dia maafkan dia dan belikanlah motor baru untuk ayah ye along... :-)

Sunday 20 October 2013

Jalan-jalan ke Halfest bersama keluarga

Bicara kali ini tentang ^-^



Inilah masalahnya bila tak selalu "update" blog kesayanganku... hahaha...kes malas lah jugak nie dan banyak kerja.. ngeh... padahal takdelah banyak sangat sampai mengalahkan Perdana Menteri...kankankan...


jeng..jeng... apakah itu... "PELAWAT" siap ada pelekat n "Mention" kot... masuk2 kene g daftar dulu mungkin dorang nak kira berapa ramai orang yang datang kot... so nak tak nak kene jugaklah isi2 borang (yang telah diisikan oleh ayah saya) hehehe..kes malas membantu menulis nie... nakal betul kan saya...dah besar2 pun nak suruh ayah lagi,,pssttt : walopun dag besar tetapi sifat manja tu tetap ada tau..hahahahaha

Ni kira nak dipendekkan ceritalah kan.... masuk2  mula dengan gerai2 yang dekat2 dan sampailah gera2 yang jauh2 nun kedalam... banyaklah makanan2 halal yang dijual... mula2 macam banyak yang tak berapa nak minat...ceh2 kes jual mahallah ni kan.. banyak kali lalu mulalah keterujaan tu datang n sifat boros membeli belah mula terserlah.. konon2nya jual mahal...bluekkk...so belilah... kalau dah expo halal tu tentu2 lah makanan kan... beli kerepek,keropok n banyak lagilah... pastu setiap ada makanan untuk di "cuba" jangan sengan2 silulah nak panggil saya... semua saya rasa...hahahaha.... lepas semua gerai dah jalan2.... dah penat pun barang pun dah beli so apa lagi time to baliklah... so apa lagi balik lah... kepenatan masing2....

Bila nak balik cari kete pulak tak jumpa..ceh ingatkan parking kat B2 rupanya kereta ada dekat B1... Nasib baik jumpa kalau tak declare kereta hilang...hahahahahahaha...lawak3x... InsyaAllah jika ada lagi expo macam ni memang saya akan datang lah...suka kot bab2 makan nie...


Yea... entry kali nie tak banyak pun nak bercerita macam dah kehabisan ayat...uwakakakaka...jumpa esok untuk cerita terbaru...cewah...

HARI RAYA KORBAN 1434H

Bicara kali ini tentang ^-^


Sebelum itu saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidiladha" buat semua kenalan saya. Alhamdulillah masih berkesempatan untuk bersama-sama meraikan hari raya korban pada tahun ini.

Setiap tahun saya cuba untuk melaksanakan ibadah korban hasil dari gaji yang saya dapat setiap bulan. Setelah saya tahu hikmah apabila kita melakukan korban saya rasa sangat baik sekiranya kita melaksanakan ibadah korban yang hanya setahun sekali hanya RM270/sebahagian lembu. Banyak Sangat manfaat dia. Sekali saya dah buat rasa kaau tak buat macam tak sempurna je... takut tahun depan dah tak jumpa jadi dikesempatan ni saya berusaha juga hasil tituk peluk, saya laksanakan untuk diri saya sendiri...semoga semuanya dimudahkan..insyaAllah..amin...

P/S :- late posting.... becozs banyak sangat bende lain yang kene buat..hehe...



Friday 4 October 2013

Opss... Novelku !!!

Bicara kali ini tentang ^-^


Berkongsi sikit sebab sudah masuk tahun 2013 koleksi novel saya tak habis baca lagi, banyak wooo dalam kotak tapi terbiar oleh kerana tidak mempunyai masa yang terluang untuk berdating dengan dia. :-)

Pameran buku tahun ni memang saya tak datang sebab apa? sebab saya tak boleh tengok buku novel baru so saya akan beli, oleh kerana banyak buku yang tak baca saya simpan hasrat tu...uwaaa sedihnye kan...

Sekarang saya membaca buku yang bertajuk "Dampingi Aku Di Syurga Kekasihku". Insan istimewa yang telah menghadiahkan buku tu kepada saya. Sangat bermakna dan isi-isi dia juga banyak yang membawa manafaat kepada saya. TQ awak sebab belikan dan hadiahkan dekat saya. Saya akan cuba untuk habiskan membaca buku itu dan akan teruskan membaca novel2 yang tergendala tuh....

P/S : Membacalah kerana dengan membaca banyak ilmu yang kita akan dapat. :-)

Thursday 3 October 2013

Halfest - Ekspo Halal Terbesar di Malaysia

Bicara kali ini tentang ^-^




Bermula 2 Oktober 2013 sehingga 6 Oktober 2013 Ekspo Halal yang terbesar di Malaysia banyak menjual produk makanan yang halal dan bermutu tinggi. Datanglah ke The Mines kat situ lah tempat dia. :-)

Semalam 2/10/2013 sempat saya dan rakan kesana untuk melihat pelbagai produk yang dijual ternayata banyak sangat produk-produk makanan yang ada. Bermula dari makanan, minuman, pakaian dan banyak lagi.


Ada juga artis yang datang seperti Siti Nurhaliza, Wardina, Chef Wan dan Jaafar Onn ada jugak yang memeriahkan suasana kartun boboiboy dan Upin Ipin. Tapi semua artis ni tidak kelihatan lah sebab saya dah balik awal. Mungkin saya akan datang semula hari sabtu bersama keluarga. :-)

Hari pertama datang jalan ke gerai-gerai banyak sangat yang menarik perhatian. Ter "berhenti" dekat satu gerai pakaian nie, mula-mula tengok aje, belek punya belek fuhhh, semakin suka pulak, so belilah satu jubah bercolor kuning campur hijau. cantik jugaklah macam budak2 bila pakai. :-) harga yang diberi sangat berpatutan. Tq akak gerai tu sebab memberikan harga yang sangat murah untuk dibeli. Jalan semula dan berhenti ke gerai Simplysiti nampak menarik, cuba minyak wangi dia, wangi ooooo, harga dia pulak murah berbanding biasa, takpe2 boleh dibeli hari sabtu nanti. :-)


Jomlah ramai-ramai ke Halfest tak rugi apa-apa pun, datang melihat dan membeli. Sekadar datang untuk melihat pelbagai produk yang dikeluarkan pun jadi sementara kita membantu peniaga melayu. kankankan..

Selamat berkunjung !!!!

~Bawal owh bawal...Label AIDIJUMA a.k.a AJ~

Bicara kali ini tentang ^-^


Dulu masa kenal tudung bawal aidijuma buat tak tahu je sebab rasanya material dia sama macam tudung-tudung biasa sebab 2 tones je... semenjak keluaran corak2 yang diperkenalkan oleh Datin Norjuma semakin popular pulak produk AJ dikalangan remaja termasuklah saya. :-)


Logo AJ copyright by Aidijumastore....



Nak tahu tentang maklumat terbaru tudung bawal AJ masuk je laman sesawang dia www.aidijuma.com banyak sangat konsep tudung yang menjadi pilihan hati anda. pilih2 jangan tak pilih... :-)

TUTORIAL dari Datin Norjuma ... 


‎ 



Sunday 29 September 2013

~ Hari Ahad 29/9/13~

Bicara kali ini tentang ^-^





 Hari ni tak tahu tajuk yang ingin dikongsikan... hari minggu merupakan hari bersama keluarga. sangat malas untuk membuat aktiviti harian dan sangat suka baring diatas katil dan melayan perasaan. Apabila datang "mood" nak bershooping, terus melakukan kerja rumah sampai siap dan keluar pergi ke mall2 yang berhampiran. Kadang-kadang "window shooping" kadang2 beli je terus, bak kata mak saya duit tu boleh cari kalau kurang. :-) pandai mak ... so beli selagi mampu... tapi kene pandai2lah simpan duit juga takut ada kes2 yang memerlukan duit tak ke susah nanti.

#setakat ni je post untuk hari ni#

Thursday 26 September 2013

~ Belajar menjahit bag ... :-) ~

Bicara kali ini tentang ^-^


Ceritanya bermula begini... saya pendekkan je lah ye...

Saya sememangnya sukakan jahitan tetapi takut nak pegang mesin dan cuba menjahit pakaian. Setakat menjahit kain yang rentas atau baju yang rentas tu pandailah. Kebetulan mak saya pun pandai menjahit baju kurung dan langsir rasa minat untuk menjahit tu tinggi jugak tapi masih boleh dikawal. Menjahit ni sangat untung untuk diri sendiri sebenarnya.

Semalam 17/9/2013 di rumah saya ada 2 orang lelaki datang katanya untuk buat kelas jahitan dan pada waktu itu saya tiada dirumah. Apa yang dia terangkan dekat mak saya pun sya tak tahu dan pada waktu itu kakak saya ada dirumah dan kawan-kawan mak saya dan ayah saya juga ada. bla...bla...bla... yang mereka bualkan dan ada borang untuk siapa yang berminat cikgu akan datang ke rumah untuk ajar basic jahitan.


Mak saya pun bayarkan RM5 untuk basic jahitan dan selepas bayar baru dimaklumkan ke saya. Mak bayarkan pun sebab mak tahu yang saya ni memang sukakan jahitan dan ingin belajar menjahit. Kelas pun bermula pada jam 8.30 selepas Isyak. Cikgu Z (nama tidak disebutkan) datang ke rumah untuk mengajar.

Kelas pun bermula cikgu Z terangkan serba sedikit tentang jahitan. Apa yang dia bawa adalah mesin jahit baru dan kain yang belum dijahit. Bila saya tengok kain tu macam dah tahu nak buat apa. Bila di teka betul jawapan saya adalah beg. So cikgu pun sediakan mesin jahit untuk saya guna. takde asas menjahit pun itulah pertama kali.


Saya kena duduk depan mesin dan cikgu bagi kain minta saya jahit kain yang dia bagi berbentuk 4 segi sama tu dijahit semua dan buat satu lubang. Dengan menggunakan banyak teknik jahitan corak-corak menarik semakin kelihatan di kain itu.. (dalam hati timbul rasa gumbira yang teramat sanagt) semakin cantik saya jahit semakin banyak pujian pulak yang saya dapat... mana tak kembang semangkuk... kiki...



Menjadi akhirnya hasil usaha dan kerja jahitan saya... kagum sungguh dengan diri sendiri. memang saya kene buat sndiri2 je adalah jugak cikgu tu bagitahu pe yang perlu buat tapi yang gerakkan kain tu saya.. hehehe...apa2 pun terima kasih ye cikgu.

Kerja jahitan saya pun siap. Nampak muka riak tapi sebenarnya tidak kerana rasa teruja sebelum ni memang tak pernah nak menjahit guna mesin jahit sebab skill hanya untuk jahitan tangan je dan lebih banyak tengok mak jahit gunakan mesin je... hehehehehe




yea.. cak..cak ini lah hasil kerja saya yang comel angat.. cantik tak... cikgu bagi A+ kot...punye lama tinggal sekolah... bila dapat markah macam tu suka kot...

Penyelia sudah bagi markah last2 dia bagi tahu tentang kelas dan harga mesin tersebut... bapoklah mahal. Fikir 2x jugaklah... last2 minta maaf memang tak dapat nak terima dan beli sebab duit untuk kelain. Takpelah bagi saya bukan rezeki lah tuh, hanya keinginan semata-mata. de rezeki dapat gaklah saya beli mesin tu nanti...saya nak belajar basic2 je dulu ye cikgu....





#Wish birthday to me :-) #

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Followers