Tuesday 14 January 2014

~Pengalaman Pahit & Manis Dalam Hidupku~

Bicara kali ini tentang ^-^

Pernah tak dalam hidup uolss terkenang pelbagai kengan sama ada pahit atau manis... tentu ada kan? banyak yang pahit atau yang manis... tentu banyak kenangan yang pahit daripada yang manis kan?

Hampir ke penghujung tahun 2013 rasa ingin mencoretkan sedikit kenangan dalam ruangan ini. Saya dilahirkan dalam keluarga yang cukup baik dan harmoni. Keluarga saya bukanlah dikalangan yang susah atau sangat susah tetapi alhamdulillah keluarga yang sederhana. Kehidupan kami sangat selesa dan bahagia. Saya mempunyai bapa yang sudah pencen dan ibu yang bekerja suri rumah sepenuh masa. Begitu juga dengan adik-beradik. Saya anak yang ke3 daripada 4 adik-beradik. Pertama kakak(sudah berkahwin), abang(sudah berkahwin), saya(belum berkahwin) dan adik(belum berkahwin masih belajar dan baru masuk tingkatan 1 tahun depan 2014).

Kehidupan saya selepas sekolah kebangsan dan menengah. Saya menuntut di KUIS (Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor) dalam jurusan Diploma Komunikasi selama 3 tahun pengajian. Alhamdulillah sudah bergraduate pada tahun 2008. Setelah selesai belajar kolej kini bermulalanya kehidupan saya sebagai seorang pekerja di beberapa buah syarikat.

Banyak pengalaman saya dalam pekerjaan kerana semasa belajar saya juga mencari rezeki demi untuk keselesaan diri saya sendiri. Alhamdulillah rezeki ditangan Allah saya mendapat pekerjaan di salah sebuah syarikat swasta yang dekat dengan rumah saya lebih kurang 15 minit saya berulang-alik bekerja disana. Paling lama saya bertahan di syarikat ini lebih kurang 3 tahun. Dengan izin Allah macam-macam perkara luar biasa yang berlaku keatas diri saya. Demi mengambil langkah selesa saya mendiamkan sahaja setiap apa yang berlaku kepada ahli keluarga. Ada seorang kawan pada mulanya sangat baik tutur kata dia dan boleh dibawa berkongsi setiap cerita kepada dia. Tidak pernah bersangka buruk padanya dan akhir sekali mendapat tahu dia sangat licik orangnya dan memburukkan saya dibelakang. Ya Allah kelembutan dan keterampilan diri dia tidak membawa apa-apa makna kedalam diri saya malah semakin meluat dan saya menjauhkan diri darinya. Bercakap seperti orang yang tidak serupa bikin. (cukup setakat ini untuk si gadis cilik ini sebab entry ni bukan untuk dia sebab sudah lupus dalam sanubari saya tentang persahabatan dengannya...)

Sampai suatu masa apabila saya sendiri tidak menyedari dalam gurauan itulah tersembunyi seribu rahsia... subhanallah saya tidak tahu dimana silapnya akan tetapi inilah ujian yang Allah bagi keatas diri saya. Jenis saya bukan seorang yang melayan mana-mana (boboi) untuk kepuasan atau menghilangkan rasa sunyi. Saya masih waras untuk memiliki hak orang lain demi menjaga hati seorang insan yang bernama wanita. (kaum saya sendiri)

Atas alasan saya menolak adalah kerana saya rasa seperti dagangan yang diberi apa sahaja. Banyak ganjaran yang diberikan sehingga merasakan diri ini terlalu rendah serendah rendahnya... Syukur masih diberikan kekuatan untuk terus mempertahankan diri sendiri demi maruah. Ehemmm tidak siapa yang boelh merasa apa yang saya rasa.

Bukan mudah untuk berkongsi. Hanya mereka yang kuat dan tabah yang sanggup alami kehidupan yang sebegitu. Saya bukanlah orangnya. Insan kerdil lagi hina, mempunyai sifat cemburu yang tinggi, saya tidak mampu melawan perasaan dan tidak mampu untuk berkongsi dengan sesiapa. Berhentilah mendera jiwa dan perasaan saya dan menjadi kehidupan saya tertekan sepanjang hari.

Alhamdulillah angin takde ribut pun takde termeterailah ikatan. (kasih sampai ke penghujungnya...cewah..) dengan kerelaan hatinya akhirnya TAMAT saya disana hanya tinggal kenangan saya disana suka dan duka yang saya laluinya. Sungguh kecewa diatas apa yang berlaku. Tidak relevan, tidak masuk akal, terkesima, terkejut dan banyak terrrr ... Saya tahu saya sedang diuji dan Allah menguji kesabaran saya. Saya cuba terima dan berfikir secara rasional....

p/s : sesuatu kebaikkan itu jika ikhlas ia tidak memerlukan apa-apa balasan. banyak yang saya belajar dari kesilapan saya. Terima kasih ya Allah... 





No comments:

Post a Comment

Thanks encem and cute yang sudi tinggalkan komen disini. Saya akan baca dan balas nanti ye. Sila datang lagi... !!! :-)

#Wish birthday to me :-) #

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Followers