Monday 22 June 2015

13 Adab Isteri Terhadap Suami Yang Patut Kita Ketahui

Bicara kali ini tentang ^-^

13 ADAB ISTERI TERHADAP SUAMI YANG PATUT KITA KETAHUI


  1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
  2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
  3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri.
  4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).
  5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
  6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. 
  7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
  8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi.Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
  9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri.
  10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
  11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
  12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Kalau boleh sediakan makanan ringan seperti kuih-muih dan biskut Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
  13. Hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka walaupun kita kurang menyukai.












Sampul + LOVE

Bicara kali ini tentang ^-^





Tak tahu entry apa yang nak dibuat bulan-bulan pose nie kan. Yaya nak kongsi sikit. Sorang budak praktikal dekat tempat yaya bekerja ni nama dia Anis... bising jugaklah budaknya, mula-mula praktikal then part time sebab ada modul bahasa inggeris yang dia kene buat and company memerlukan tenaga dia lagi. So cerita dia panjang lagi tapi dipendekkan ceritalah ek, 20/6/2015 dia last kat company Al Baghdadi kan pastu esoknya yaya datang pejabat n ada sampul dan tangkai Love atas meja, ingat peminat mana yang bagi rupanya si budak itu...hehehehehe.... kreatif betullah tapi suka pulak dapat macam nie... disebalik sampul dia ada note so macam lawak je...hehehehehe....apa-apa pun akak doakan anis berjaya dunia dan akhirat dan semoga dapata habiskan study dengan sebaiknya....




Wednesday 17 June 2015

Ramadhan datang Lagi... 2015

Bicara kali ini tentang ^-^

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak 1436H...

Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk terus berjumpa dengan ramadhan tahun ini. Semoga ramadhan tahun ini membawa seribu barakah buat diriku dan menjadikan puasa aku lebih baik daripada sebelum nie...

- Emmm...macam nak tukar cara menulis lah... kalau bahasakan diri aku mcm kasar pulak... mulai hari ni just nak guna panggilan yaya... very simple n nice.

-Apakah aktiviti di bulan Ramadhan tahun ni ye...

> Kerja seperti biasa
> Tarawih
> Tadarus (InsyaAllah cuba yang terbaik)
> Amalkan Bersedekah ( kena manfaatkan bulan mulia ni...walaupun jumlahnya skit tetapi ganjarannya banyak)
> Solat Malam
> Berzikir
> Berbakti kepada kedua ibu bapa (kalau bukan bulan pose pun mmng kene berbakti)

@ setakat ini ... hanya yang ini sahaja yang diingat.... :-) apa-apa yaya akan update.... :-)


Monday 15 June 2015

E-Day 15-3-2015 (Ahad)

Bicara kali ini tentang ^-^



Syukur alhamdulillah... hanya itu yang mampu terucap dibibirku setelah disarungkan cincin oleh bakal ibu mertuaku yang aku panggil dia "Ummi" sangat sempoi dan "sporting". Gaya yang bersahaja dan sangat peramah. Kadang-kadang aku yang rasa janggal dan malu sebab baru nak mengenali dan rapat dengan ibu mertuaku.



#Alhamdulillah juga kerana keluarga aku dapat menerima pilihan hatiku dengan hati terbuka. Thanks buat mak dan abah kerana merestui hubungan alang bersama fitri. Alang sangat bertuah kerana mak dan abah dapat bertolak ansur dengan pilihan hati alang. (mode sedih pulak... berkaca pulak mata aku nie)

#Sedih sebab gembira sudah menjadi tunangan orang (separuh milik *Fitri*) hehehehe...

#Sedih sebab nanti bila dah kawin alang akan diserahkan sepenuhnya tanggungjawab kepada suami dan menjadi seorang isteri.

#Semoga aku dapat menjadi seorang isteri yang bertanggungjawab, penuh dengan kasih sayang dan menjadi seorang isteri yang solehah untuknya.

#Sayangku hanya untuk bakal suamiku, kasihku hanya untuk bakal suamiku, cintaku hanya untuk bakal suamiku semuanya hanya kerana Allah. InsyaAllah aminnnnn...






Banyaknye kisah perempuan menjadi perampas ... ~Crazy~

Bicara kali ini tentang ^-^


Bersawang-sawang jugalah rumahku ni... entry kali ini saje nak meluahkan apa yang terbuku di hati. Semakin berleluasa kisah "PEREMPUAN" yang menjadi perampas kaumnya sendiri. saya bukanlah seseorang yang menolak tetapi cara yang di perlihatkan sangat menakutkan saya. Mereka terlalu berani sehingga tidak mengambil kisah tentang nasihat-nasihat sekeliling mereka. Walaupun banyak tamparan hebat yang dihadapi oleh perempuan itu.

Lumrah kehidupan manusia zaman kini tak kisah dengan setiap tindakan yang dibuat so tengok dan lihat sahaja yang mampu... dunia kini akhir zaman pelbagai perkara pelik sudah berlaku... mungkin bagi sesetengah mereka beranggapan itulah jodoh mereka... nauzubillah...

#sebenarnya entry ni dah lama ditulis tapi hanya tersimpan di dalam draf je...so malam ni baru terasa nak penuhkan entry.... hanya ni je yang mampu ditulis sebab tak berani nak cakap lebih-lebih bahaya....

#Wish birthday to me :-) #

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Followers