Sunday 5 January 2014

Syukur... Alhamdulillah... adikku Syafiqah belajar rajin-rajin ye lepas nie...

Bicara kali ini tentang ^-^

Terlambat post, tapi still juga nak post... hangat dengan Keputusan UPSR yang dikhabarkan keputusan tahun ini rata-ratanya meningkat. Sebab apa saya ambil tahu, sebab adik saya salah seorang calon UPSR yang sudah tahu pun keputusannya. Bukan setakat UPSR je sekolah agama pun ada UPSRA.

Kakak mana yang tak bangga kalau adik sendiri berjaya!!! betul tak... syukur sangat kerana dalam ramai-ramai adik beradik... si bongsu ni jugak yang kami harapkan... insyaAllah ilmu yang dia ada boleh ajar dekat anak-anak buah nanti. so boleh lah dapar gelaran teacher su a.k.a moksu... :-)

Bangga sangat sebab dua2 sekolah (agama & kebangsaan) dia berjaya mencapai kejayaan yang hampir 100% lah... gila kentang.... dekat rumah tak nampak pun rajin dia nak baca buku, kadang-kadang marah jugak, bila exam result dia gila gempak... sapa yang tak bangga... hehehe

Sepanjang sesi persekolahan dia, banyak anugerah dia dapat... semuanya anugerah cemerlang... wah2.. saya dulu nak kira cemerlang tu takdelah kan... biasa2 je, tapi dah besar ni alhamdulillah...

Sepanjang anugerah yang diterima... (2 Sekolah)














2 comments:

  1. luqmanjasper.blogspot.com follow me back. :D

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Thanks encem and cute yang sudi tinggalkan komen disini. Saya akan baca dan balas nanti ye. Sila datang lagi... !!! :-)

#Wish birthday to me :-) #

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Followers